Laman Utama

“Ada Salinan Perjanjian Dan Tanda Tangan”- Dr. Halina Beri Anak Gajet Tapi Bersyarat, Antaranya…

Mya Amri
19/02/2021
09:20 MYT
Sponsor Banner
“Ada Salinan Perjanjian Dan Tanda Tangan”- Dr. Halina Beri Anak Gajet Tapi Bersyarat, Antaranya…
Isteri kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Dr. Halina Mohd Yunos membuat keputusan untuk membenarkan dua anak perempuannya mempunyai tablet sendiri.
Menurut Dr.Halina, dia dan suami membuat keputusan tersebut setelah perubahan cara pembelajaran dan keperluan menggunakan tablet kesan akibat pandemik yang melanda negara.
“Anak-anak kami akhirnya mendapat Ipad sendiri seperti yang mereka minta bertahun-tahun lalu. Dulu kami tidak melihat keperluan untuk memiliki gajet mereka sendiri tetapi sekarang sejak kelas diorang pagi sampai petang, kami bersetuju sudah tiba masa untuk mereka memilikinya.
“Agak sukar untuk tidak memberikan mereka gadjet kebelakangan ini kerana rakan-rakan mereka semua memilikinya. Semua dah pakai telefon pintar dan anak-anak perempuan kami masih dengan Nokia," tulisnya di posting terbaharu akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, Dr. Halina tidak memberikan kebebasan sepenuhnya kepada mereka sebaliknya mengambil inisiatif dengan memberikan syarat tertentu.
“Memiliki tablet sendiri tidak bermaksud mereka dapat melakukan apa yang diinginkan, sebaliknya datang dengan persetujuan haha.
“Masing-masing mempunyai salinan perjanjian ini sendiri, ditandatangani dan dilaminasi. Mereka mesti belajar menepati janji...
"Selain itu, saya meletakkan kedua-dua ipad di bawah pemantauan akaun Icloud saya, jadi saya tahu aplikasi apa yang mereka muat turun.
“Aplikasi YouTube mereka juga dibuka di bawah akaun saya dengan car aitu saya dapat mengesan apa sahaja sejarah carian mereka di YouTube dan berdoa untuk yang terbaik.
“Ketika berusia 9 tahun, saya masih bermain cop tiang atau batu seremban dengan rakan-rakan. Namun sekarang keadaan dah berubah.
“Kita tidak boleh membandingkan masa kita dengan mereka. Kita sebagai ibu bapa, harus menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran pada masa kini dan saya juga masih belajar,” kongsinya.
Dr. Muszaphar dan Dr. Halina Mohd Yunos telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan, Sophea Isabella, Sophea Natasha serta cahaya mata kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah pada 27 Julai 2017.
Rezeki buat Dr. Muszaphar dan Dr. Halina apabila pasangan ini sekali lagi dikurniakan pasangan kembar yang dinamakan Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia pada 20 November 2020.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024