Laman Utama

"Ada Duit Jalan Ini Macam" - Main Petik Suka Hati Isu Vaksin, Nad Zainal Bingung Dituduh ...

Amri Hassan
27/05/2021
05:15 MYT
Sponsor Banner
"Ada Duit Jalan Ini Macam" - Main Petik Suka Hati Isu Vaksin, Nad Zainal Bingung Dituduh ...
Pelakon Nad Zainal berang apabila ada antara warganet yang menuduhnya menggunakan kepentingan sebagai artis dan wang untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Menerusi ciapan pengguna di Twitter, nama Nad Zainal antara yang dipetik dan didakwa mengambil kesempatan atas situasi tegang yang berlaku dalam negara ketika ini.
"Nad Zainal kata seorang je ahli keluarga dia tak sempat daftar untuk vaksin tadi. Ooo sekarang fahamlah, korang faham tak?. Klise sangatlah kerajaan kita ni dengan double standard," tulis pengguna terbabit.
Ciapan itu disahut pengguna lain; "Macam biasa sapu kena habis. Ada duit jalan ini macam."
Ciapan tersebut membingungkan Nad apabila ibunya sendiri gagal untuk mendapatkan slot suntikan vaksin.
"Apa dia cuba cakap eh? Aku penat tau tekan butang 'i am not robot'. Mak aku sampai sudah tak lepas, duit apa yang jalan?
"Sekarang COVID-19... Kita tak boleh jalan, apatah lagi duit," tegasnya.
Situasi itu ditenangkan oleh beberapa rakan selebriti dan peminat yang meminta agar mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat.
"Nanad, aku rasa ramai orang dah stress sangat dengan COVID-19 ni, jangan dilayan," kata Ramona Zamzam.
"Sikap dengki dan negatif, satu keluarga I dekat Penang pun tak dapat. Nak cakap apa?" komen Alvin Chong.
"Adoi, so sistem tu kenal siapa artis siapa tak artis. Benak betul ni," tulis seorang pengguna lain.
"Nak tahu kenapa macam ni? Sebab orang tengah marah Eina Azman dan suami dia tu, frontliner ke macam mana eh boleh cucuk dekat hospital Ipoh. Boleh Nad tolong tanyakan dia? Kita tak marah tau," komen individu lain mengaitkan isu yang turut tular sejak semalam.
BACA: Eina Azman Dituduh Kayangan, Dapat Suntikan Vaksin Pfizer Di Ipoh?
Meninjau semula ruangan Twitter pengguna terbabit, ciapan asalnya telah dipadamkan.
Rakyat resah dan berang apabila laman sesawang rasmi vaksin COVID-19 gagal berfungsi dengan baik hingga menyebabkan ramai terkandas sebelum sempat mendaftarkan diri untuk program suntikan vaksin AstraZeneca.
BACA: Netizen Bengang Gagal Tembus Tempahan Janji Temu Vaksin AZ, Kena Scam & Robot Trending
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024