Hiburan

“Abang Saya Menetap Di Sini” – Ari Tahiti Luah Hasrat Mahu Tinggal Di Malaysia

Mya Amri
18/01/2018
12:29 MYT
Sponsor Banner
“Abang Saya Menetap Di Sini” – Ari Tahiti Luah Hasrat Mahu Tinggal Di Malaysia
Anggota kumpulan Tahiti, Ari meluahkan keinginan untuk menetap di Malaysia sama seperti abangnya.
Perkara itu didedahkan oleh Ari ketika Konsert K-Wave 2 yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu lalu.
“Ini merupakan kali pertama kami ke malaysia. Abang saya menetap di sini, jadi dialah yang menjadi pemandu pelancong dan membawa kami bersiar-siar.
“Kami sempat makan membeli-belah, makan lobster dan juga ke spa. Saya dah jatuh cinta dengan Malaysia dan rasa ingin menetap di sini,” katanya yang kemudian disambut dengan sorakan peminat di stadium.
Tahiti yang dianggotai oleh Miso, Min Jae, Jerry dan Ari ini telah mempersembahkan lagu Love Sick, Phone Number dan Skip.
Selain konsert, Tahiti juga turut hadir ketika acara bertemu peminat yang berlangsung di Nu Sentral pada Jumaat lalu. .
Festival K-Pop kali kedua anjuran Mcalls dengan kerjasama MacpiePro yang dihadiri lebih 10,000 penonton ini turut melibatkan artis Korea popular seperti Super Junior, Taeyeon, Mamamoo, Nu'est W, A.C.E, dan Halo.
Teks oleh: Mya Amri
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024