Laman Utama

Abang Delivery Agih 500 Bubur Lambuk Kepada Orang Ramai

Zulaikha Yusof
26/04/2021
08:00 MYT
Sponsor Banner
Abang Delivery Agih 500 Bubur Lambuk Kepada Orang Ramai
Bulan Ramadan adalah bulan di mana seluruh umat Islam berlumba-lumba melakukan amal ibadah bagi mendapat keberkatan.
Tradisi pemberian bubur lambuk adalah aktiviti yang wajib dilakukan setiap tahun kerana ia sinonim dengan amalan masyarakat yang menzahirkan pemberian makanan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.
Syarikat perkhidmatan penghantaran, Tapaw Groups Sdn. Bhd telah mengagihkan sebanyak 500 bungkus bubur lambuk dan 100 bungkusan air minuman pelbagai perisa kepada pengunjung yang mengunjungi tapak bazar ramadan Stadium Malawati, Shah Alam, pada Sabtu.
Program itu dibuat bagi mengeratkan silaturahim antara pasukan pemandu dengan komuniti dan dalam masa yang sama, syarikat tersebut ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas sokongan yang diberikan selama ini.
"Pengagihan bubur lambuk ini juga adalah sebagai sebahagian daripada cara kami untuk memberi semula kepada komuniti yang selama ini menyokong.
"Selain itu, dalam masa yang sama dapatlah kami mempromosikan perkhidmatan penghantaran ini kepada masyarakat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Anuar A Rahman.
Menurut Anuar lagi, bukan agihan bubur lambuk sahaja dilakukan malah pihaknya juga banyak melakukan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan di seluruh negeri.
"Ada antaranya termasuk aktiviti gotong royong membersihkan masjid, aktiviti bersama anak yatim dan macam-macam lagi. Ia juga dilakukan secara serentak di semua negeri," katanya lagi.
Aplikasi Tapaw merupakan platform yang menyediakan perkhidmatan logistik dan penghantaran pantas dan meluas dengan pelbagai jenis kenderaan yang beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, di bandar dan juga di luar bandar.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024