Gaya Hidup

5 Tips Mudah Memeriksa Keadaan Tayar Kenderaan Sebelum Balik Kampung

Amri Hassan
04/06/2018
02:16 MYT
Sponsor Banner
5 Tips Mudah Memeriksa Keadaan Tayar Kenderaan Sebelum Balik Kampung
Syawal menjelang tiba dan pastinya aspek keselamatan kenderaan terutama tayar dititik beratkan untuk perjalanan sempurna balik kampung.
Walaupun anda melakukan servis enjin, pemeriksaan tayar yang betul sering diabaikan oleh pengguna.
Sempena kempen Safe With MICHELIN, kami menyediakan lima tips mudah untuk anda memeriksa sendiri keadaan tayar sebelum memulakan perjalanan balik kampung.
1. Periksa tekanan angin tayar
Tayar akan hilang tekanan berdasarkan kadar penggunaan harian jadi pastikan tayar kenderaan anda sentiasa mengandungi kandungan tekanan angin yang mencukupi.
Tanpa tekanan angin yang cukup, bahagian dalam tayar akan mudah panas dan akan menyebabkan berlaku kemalangan.
Tekanan angin yang cukup juga mengurangkan penggunaan minyak.
Semak kadar tekanan angin kenderaan anda pada stiker bahagian pintu pemandu!
2. Periksa bebenang dan kesan koyak pada tayar
Tayar yang cukup bebenang akan mengelakkan kenderaan menggelongsor ketika keadaan jalan yang basah.
Ambil pembaris dan periksa sendiri kedalaman bunga tayar.
Tayar baru akan mempunyai kedalaman bunga 8 milimeter, namun kedalaman minimum sebiji tayar yang harus ditukar biasanya sekitar 1.6 milimeter.
Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menukar tayar kenderaan sekiranya kedalamannya hanya tinggal 2 milimeter.
Pastikan setiap tayar kenderaan anda menunjukkan bacaan kedalaman bunga yang sama.
Anda juga boleh menyemak keadaan tayar anda dengan melihat indikator treadwear yang tertulis di tepi tayar.
3. Periksa bentuk sekeliling tayar
Koyakan atau timbulan pada bahagian tertentu tayar disebabkan anda terlanggar bahu jalan, lubang atau objek atas jalan raya.
Perhatikan keadaan tayar anda, jika terdapat objek asing atau terkoyak, ia mungkin berisiko tinggi untuk perjalanan yang jauh.
4. Pastikan roda kenderaan anda seimbang dan sebaris
Penting untuk pengguna melakukan teknik balancing pada tayar agar berat kenderaan boleh ditampung oleh tayar dengan seimbang dan roda berputar dengan sekata.
Proses alignment tayar juga perlu bagi memastikan pergerakan kenderaan anda di jalan raya lurus.
Sebenarnya, ketidakseimbangan tayar walau sedikit akan menjejaskan pergerakan kenderaan anda terutama di lebuh raya dengan kelajuan tinggi.
5. Perhatikan tayar simpanan
Ketika memeriksa keadaan tayar, jangan terlepas pandang tayar simpanan kenderaan anda.
Sentiasa simpan alatan menukar tayar dalam kenderaan sekiranya berlaku kecemasan dan simpan nombor peronda jalan raya untuk langkah berjaga-jaga.
Jika anda rasa ini masanya untuk menukar tayar kenderaan anda, segeralah ke pengedar sah terdekat MICHELIN.
Dapatkan beg laptop percuma daripada MICHELIN sekiranya anda menukar keempat-empat tayar kenderaan anda bersaiz 15 inci atau sekurang-kurangnya dua tayar bersaiz 16 inci.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga perjalanan anda selamat bersama MICHELIN!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024