Berita

“44 Anggota Polis Positif COVID-19, Lebih 900 Dikuarantin Di Rumah” - Ketua Polis Negara

Azwa Rahman
07/04/2020
10:45 MYT
Sponsor Banner
“44 Anggota Polis Positif COVID-19, Lebih 900 Dikuarantin Di Rumah” -  Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan seramai 44 anggota pasukan keselamatan itu disahkan positif COVID-19.
Memetik laporan Bernama di dalam satu kemas kini di laman Facebook mereka, lebih 900 anggota pula dilaporkan dikuarantin di rumah.
Kini terdapat hampir 2,500 anggota keselamatan negara ditugaskan untuk mengawal pergerakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Malah, pihak polis menambah 100 peratus anggota untuk memantau kawasan sempadan dan perairan negara bagi mengekang kemasukkan pendatang asing tanpa izin sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memohon agar mereka semua segera sembuh.
Mari bersama-sama kita mendoakan agar anggota polis yang terlibat diberikan kesembuhan dan yang sedang bertugas sebagai barisan hadapan sentiasa dilindungi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024