Gaya Hidup

4 Bulan Main Mobile Legends Dengan Pelindung Skrin Retak, Pemuda Ini Hampir Hilang Ibu Jari!

Hanafis Haris
01/08/2019
11:13 MYT
Sponsor Banner
4 Bulan Main Mobile Legends Dengan Pelindung Skrin Retak, Pemuda Ini Hampir Hilang Ibu Jari!
Gara-gara menggunakan telefon pintar dalam keadaan pelindung skrin yang retak selama empat bulan, seorang pemuda hampir kehilangan ibu jari apabila bahagian itu telah dijangkiti kuman.
Gambar memaparkan jari Muhammad Azuan Iqbal Abdullah Sani, 23 yang semakin teruk itu dimuat naik di Twitter oleh abang saudarnya dikenali sebagai Irfan.
"Dia ni kuat main Mobile Legend. So kepada semua, kalau tempered glass dah retak sila lah tukar," kata Irfan di posting tersebut.
Status itu kemudian dikongsi lebih 13,800 kali dan menerima 3,950 likes.
Posting tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mahu orang ramai mengambil iktibar daripada kejadian itu. Sementara itu menurut laporan Harian Metro, Muhammad Azuan menjelaskan dia hanya menyedari insiden malang itu selepas ibu jari kanannya bengkak dan bertukar hitam sejak dua minggu lalu.
Menurutnya, doktor kemudiannya memberi ubat tahan sakit serta antibiotik.
"Jadi saya turut dicucuk lima kali bagi membuang nanah. Namun, jari saya semakin teruk.
"Sabtu lalu, saya ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dan doktor memaklumkan jari saya perlu dibedah.
“Alangkah terkejutnya apabila dimaklumkan kemungkinan jari saya akan dipotong sekiranya lambat mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurut Muhammad Azuan, dia bagaimanapun bersyukur jarinya semakin sembuh dan hanya perlu ke hospital untuk mencuci luka.
Oleh itu, jika anda mempunyai pelindung skrin yang retak, silalah tukar ya!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024