Laman Utama

"13 Tahun Dah Kami Bersama" - Mawi Nafi Rumah Tangga Bergolak Hanya Disebabkan...

Hanafis Haris
16/02/2022
02:59 MYT
Sponsor Banner
"13 Tahun Dah Kami Bersama" - Mawi Nafi Rumah Tangga Bergolak Hanya Disebabkan...
Penyanyi dan penyampai radio Mawi tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya hubungan dia dan isteri Ekin sedang beretakkan.
Menurut Mawiatau nama sebenarnyaAsmawi Ani, 41, isu berkenaan tercetus susulan ketiadaan Ekin ketika majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Jelas Mawi, kesemua itu tidak benar dan ketiadaan Ekin pada majlis tersebut bukanlah disebabkan mereka bergaduh.
"Masa kami buat sidang media filem 'Hantu Kuat Ketawa', isteri saya tak dapat hadir atas sebab tertentu. Masa itu Ekin di Johor Bahru.
"Bukan sebab kami gaduh dan sebagainya," katanya.
Tambahnya, dia berharap isu berkenaan tidak dipanjang-panjangkan.
"Alhamdulillah 13 tahun dah kami bersama. Semalam baru je kami keluar berdendut sambil makan aiskrim mangkuk.
"I Love my 'Masyhur Sang Sakti," tulisnya di satu hantaran di Instagram, semalam.
Sekadar info, Ekin sebelum ini akui mengalami tekanan dan mental breakdown apabila diajukan soalan mengenai rumah tangga mereka.
"Bagi sahabat-sahabat yang ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak?? terima kasih bebanyak ok.
"Cerita dia yang buat Ekin stress dan mental breakdown tu bila ramai yang DM dan tanya 'kenapa tak nampak ekin kt majlis pelancaran Hantu Kuat Ketawa aritu?? ada masalah rumahtangga ke?? dah tak sefahaman dgn mawi ke?? gado ke? cerai ke?? Allahuakbar," maklum Ekin menerusi hantaran video di Instagram.
BACA:"Ramai Tanya Gaduh Ker, Cerai Ker Dengan Mawi Sebab Tak Nampak Kat ..." - Ekin Alami Mental Breakdown, Anak Pula Positif COVID-19
Untuk rekod,Ekin atau nama sebenarnya Nora'Asikin Rahmat telah berkahwin dengan Mawi pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 10 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024