#PMTepiKakGee : Seram! Housemate Ada 2 Personaliti, Depan Baik Tapi Rupa-Rupanya...
Soalan:
Hi Kak Gee, panggil saya Jay je.
Saya ada nak cerita ni tentang housemate saya.
Mula-mula saya tak syak apa-apa sampailah saya ternampak akaun Instagram kedua dia.
Dia guna nama lain dan lepas tu bila saya semak rupanya memang dia memang guna akaun itu untuk serlahkan personaliti berbeza dia.
Istighfar saya bila nampak dia berpakaian tidak senonoh, baju dalam wanita dengan wignya lagi.
Adakah saya culture shock atau memang normal untuk saya rasa seram Kak Gee?
Jawapan:
Hi Jay terima kasih kerana PMTepiKakGee.
Pertama sekali Kak Gee rasa mungkin awak terkejut dengan rahsia housemate awak tu.
Ye lah, jenis kecelaruan mental memang jarang dibicarakan adalah kecelaruan personaliti atau ‘personality disorder'.
Dari segi statistik, dianggarkan kira-kira 9 sehingga 15 peratus dari penduduk dunia mempunyai masalah kecelaruan personaliti.
Namun demikian, ia merupakan sejenis kecelaruan mental yang biasa ditemui oleh pakar psikiatri yang merawat masalah kecelaruan mental.
Jika Jay rapat dengan housemate, awak boleh nasihatkan dia supaya dia berjumla doktor supaya isu mental ini tidak berleretan.
Namun, jika awak sangsi dengan respon dia, maka biarkan saja.
Satu hari nanti mesti dia sedar dan mencari penyelesaian sendiri. Doa-doakan.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!