,
PMTepiKakGee

Catriona Ross Pernah Diramal Tak Boleh Hamil Selepas Terbabit Kemalangan Ngeri: "Ia Satu Tamparan Buat Saya"

Maliah Surip
19/06/2021
02:40 MYT
Pelakon Catriona Ross menjadi salah seorang tetamu dalam program bual bicara milik Astro Gempak, #Sembang Tepi Kak Gee.
Menariknya, dalam episod kelima tersebut, Catriona berkongsi pengalamannya kepada pakar psikologi klinikal Akif Basri dalam judul Trauma.
Seperti diketahui umum, Catriona atau terkenal dengan watak alter egonya, Kak Kek pernah terbabit dalam kemalangan ngeri pada tahun 2007.
Akibat kemalangan tersebut, Catriona mengalami kecederaan teruk termasuk patah kaki, retak tulang rusuk dan beberapa kecederaan lain.
Mengimbas kembali tragedi yang cukup terpahat dalam dirinya, Catriona memberitahu saat kejadian, dia dalam perjalanan menemani temannya pulang ke kampung.
"Kejadian berlaku pada April 2007. Saya ingat lagi waktu itu saya tidur. Sedar sedar saya sudah tercampak keluar dan berada di atas jalan raya.
"Saya nampak kereta kami jauh dan kecil sangat. Saya hanya dengar kawan saya minta maaf.
"Apabila saya cuba bangun, saya pandang bawah. Saya nampak kaki sudah patah. Saya terus pengsan," cerita Catriona yang hanya sedar setelah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital 14 tahun lalu.
Menurut pelakon kelahiran Kelantan ini, keadaan dirinya pasca kemalangan sangat teruk.
"Sampai ada pelawat yang datang tanya 'kenapa boleh jadi teruk macam ni'? Saya tak mintakan, jadi saya jujur kepada diri sendiri, saya fokus macam mana pulih," katanya.
Salah satu kenyataan yang harus diterima dengan sangat pedih pada waktu itu adalah selain keadaannya yang cedera teruk, seorang doktor pakar memaklumkan kesan jangka panjang yang akan dialaminya.
"Ada pakar beritahu saya terhempap tulang punggung. Saya tidak dapat hamil kalau menikah. Itu merupakan sebuah tamparan buat saya.
"Tapi saya tak boleh benci dan marahkannya. Saya kena fight sebab saya percaya Allah maha berkuasa," katanya bersungguh sungguh.
Tanpa menyesali apa yang terjadi, Catriona berbisik kepada dirinya agar bangkit dan bersemangat untuk pulih. Apa lagi saat kejadian, dia baru berusia 27 tahun.
"Saya kena jadi duta pada diri sendiri. Tak apa ini ujian Allah, jika saya tak kuat, body akan ikut saya.
"Saya tak mahu hidup saya berakhir seperti ini pada usia 27 tahun. Jadi saya memusingkan yang negatif kepada positif," kata Catriona penuh semangat.
Dek kerana sikap positif dan kuat semangatnya, Catriona kemudian pulih daripada kecederaan kesan kemalangan termasuk boleh berjalan seperti biasa.
Dia juga mengaku tidak trauma dan boleh kembali memandu selepas mengalami kemalangan.
Dan hal yang sangat membuat dirinya bersyukur adalah selepas dua tahun kemalangan, dia bertemu jodoh dan menikah dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin.
Mereka kini dikurniai tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan dengan salah seorangnya adalah anak istimewa, autisme.
Sementara itu dalam episod sama, Akif turut mengupas mengenai trauma yang menurutkan boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan mental seperti stres pendek, anxiety atau depresi.
Beliau juga memberi tips bagaimana untuk menangani masalah Trauma kepada semua. Nak tahu apa lagi yang dikongsikan?
Jangan lupa saksikan #Sembang Tepi Kak Gee yang bersiaran setiap Khamis di platform Gempak pukul 9 malam atau setiap Isnin pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) atau strim di Astro Go dan On Demand.
Instagram: @catrionabrianross
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hiburan

Reedzwann Dedah Perbualan & Foto Terakhir Bersama Rakan Yang Maut Dalam Kemalangan – “Telinga Masih Terngiang Suara”

gempak
08/09/2024
05:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Reedzwann tampil mendedahkan perbualan terakhirnya bersama rakan yang maut akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan, Trolak, Tanjung Malim pada Sabtu.
Viral

Allahyarham Humaira Repost Hantaran Tentang Kematian 4 Hari Sebelum Maut Kemalangan

gempak
08/09/2024
04:25 MYT
Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.