,
Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: Tak Serik Berada Di Pentas Komedi, Harris Anuar Anggap Diri Bukan Pelawak Tapi…

Asyikin Mayudin
09/10/2024
06:55 MYT
Tersingkir di minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada Ahad lalu, anggota kumpulan Kilo iaitu Harris Anuar berkata dia dan dua orang rakannya tidak berasa kecewa atas penyingkiran tersebut.
Menurut Harris, dia dan Tajuddin Bakar serta Tapai sudah melakukan yang terbaik malah mereka juga menghargai setiap teguran dan kritikan yang diberikan oleh juri tetap MLS4.
“Sebenarnya saya tak kecewa pun, kita dah buat yang terbaik… bagi saya, walaupun nampak macam longgar sini dan sana sikit. Biasalah, kami pun tak biasa lagi bermain atas pentas ini (MLS4).
“Sebab kami selalu di sosial media sahaja. Saya rasa tak boleh nak kata kecewa, sebab dah beri yang terbaik dan itu yang kami berpuas hati. Kami pun tak ambil hati dengan teguran juri.
“Bagi saya, mereka pun hanya menilai kami dan kami hargai,” kata Harris kepada Gempak.
Dalam pada itu, Harris yang juga pempengaruh media sosial berkata biarpun perjuangan di MLS4 sudah berakhir namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk kembali ke pentas komedi pada tahun hadapan dengan lebih baik.
“Saya tak akan serik, sebab bagi saya ini adalah tahun pertama kami dan mungkin biasalah, ini masih awal untuk kami. Mungkin tahun hadapan, kami datang dengan lebih baik.
“Mungkin kami akan masuk kelas komedi, kita pun tak tahu. Kami pun bukanlah pelawak, tapi kami cuma nak jadi penghibur sahaja,” ujarnya lagi.
Dengan tema Kampung Masing-Masing dan genre lagu rock, kumpulan Putehh yang dianggotai Aya Amiruddin, Man Raja Lawak dan Ali Puteh mendapat markah tertinggi sebanyak 62.79 peratus dan dinobatkan sebagai Gempak Superstar Of The Week minggu ketiga MLS4.
Kemenangan itu juga memberi kelebihan kepada Sarkas apabila mereka boleh memilih lokasi pilihan untuk membuat persembahan untuk minggu keempat.
Untuk MLS4 minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Kilo yang dianggotai Harris Anuar, Tajuddin Bakar dan Tapai serta kumpulan Gahai (Isyariana, Fuad & Usop) tersingkir.
Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Tiga Minggu Berturut Di Kedudukan Terendah, Kumpulan Kilo & Gahai Tersingkir Di Minggu Ketiga, Putehh Pula Menang ‘Gempak Of The Week’

gempak
06/10/2024
18:55 MYT
Kumpulan Putehh berjaya mendapat gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Fad Bocey Titip Nasihat Untuk Pelawak Baharu, Harap Jangan Cepat Putus Asa - “Saya Pernah Lalui Benda Sama”

gempak
03/10/2024
06:55 MYT
Pelawak Fad Bocey menitipkan pesanan kepada pendatang baharu dalam dunia komedi agar sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya kepada membuat persembahan berbanding mengejar kedudukan.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: “Selepas Show Saya Terus Minta Maaf, Dia Kata…” - Kartina Aziz Terkejut Puteri Sarah Jatuh Terduduk

gempak
03/10/2024
03:55 MYT
Pelakon vateran, Kartina Aziz tidak dapat menolak pelawaan aktres, Puteri Sarah Liyana untuk menjadi tetamu jemputan bagi kumpulan Gebu di program Muzikal Lawak Superstar (MLS4) minggu lalu.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Acap S Ubah Prinsip Demi Kumpulan Sarkas, Sanggup Buat ‘Live’ Di KL - “Saya Memang Berkempen Sebab Ini…”

gempak
02/10/2024
11:55 MYT
Mempunyai kelebihan dari segi undian, pempengaruh media sosial Acap S berkata ahli kumpulan Sarkas yang lain iaitu Danial Zaini dan Shahsic sentiasa saling membantu satu sama lain.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Berlakon Sebagai Kekasih & Guna Dialog Tak Sesuai Dengan Ibu Rakan Sendiri, Kumpulan Kilo Akui Kesilapan - “Kami Bertanya Terlebih Dahulu Kepada…”

gempak
30/09/2024
11:55 MYT
Melakonkan babak sebagai sepasang kekasih dan menggunakan dialog agak tidak bersesuai dengan ibu rakan sendiri ketika persembahan minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), kumpulan Kilo tampil memohon maaf.
BorakSeeni