,
Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: Lawak Kumpulan Sarkas Menjadi, Dinobatkan Sebagai ‘Gempak Superstar Of The Week’ Minggu Kedua

Asyikin Mayudin
29/09/2024
18:55 MYT
Dengan latar belakang lokasi pilihan Mercu Tanda dan lagu hits, kumpulan Sarkas yang dianggotai oleh Acap S, Shashic dan Danial Zainal dinobatkan sebagai Gempak Superstar Of The Week pada minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada malam Ahad.

Gempak Superstar Of The Week

Mendapat markah tertinggi sebanyak 65.12 peratus, Sarkas yang turut menjemput selebriti Zizan Razak sebagai cameo berjaya memikat hati juri dan penonton.
Kemenangan itu juga memberi kelebihan kepada Sarkas apabila mereka akan membuat persembahan menggunakan live props pada minggu ketiga.
Untuk MLS4 minggu pertama yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Kilo yang dianggotai Harris Anuar, Tajuddin Bakar dan Tapai mendapat markah terendah sebanyak 39.28 peratus.

Ini antara momen MLS4 minggu kedua;

#1 Istimewa minggu kedua setiap kumpulan menampilkan artis jemputan yang terdiri daripada pelawak terkenal
#2 Pelakon Kartina Aziz menangis ketika persembahannya bersama kumpulan Gebu disebabkan terkenang rakan seperjuangannya iaitu Allahyarham Ismal Din, Maideen dan Shafiee Jaafar
#3 Persembahan kumpulan Putehh dipuji dengan kehadiran artis jemputan iaitu pempengaruh Siti Shower yang dikenali disebabkan suaranya sama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza
#4 Lawak yang digunakan kumpulan Kilo agak tidak bersesuaian sebab Tapi jadikan ibu Harris Anuar iaitu Kak Ton sebagai ‘kekasih’ dengan dialog tidak bersesuaian
#5 Menariknya peminat-peminat kumpulan Deroyan hadir dengan memakai topi berbentuk buah durian mendapat perhatian
#6 Pengacara Datuk AC Mizal sempat menyakat artis jemputan kumpulan Soda iaitu Ieda Moin yang sememangnya kuat ‘melatah’
#7 Ini senarai penuh markah untuk minggu pertama MLS4
Persembahan setiap kumpulan dinilai oleh juri sebanyak 70 peratus manakala lagi 30 peratus adalah hasil daripada undian online di gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Program lawak ini bersiaran secara langsung bermula 22 September selama sembilan minggu, pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ dimeriahkan dengan gandingan barisan juri yang merangkumi muka-muka baharu.
Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Fad Bocey Titip Nasihat Untuk Pelawak Baharu, Harap Jangan Cepat Putus Asa - “Saya Pernah Lalui Benda Sama”

gempak
03/10/2024
06:55 MYT
Pelawak Fad Bocey menitipkan pesanan kepada pendatang baharu dalam dunia komedi agar sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya kepada membuat persembahan berbanding mengejar kedudukan.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: “Selepas Show Saya Terus Minta Maaf, Dia Kata…” - Kartina Aziz Terkejut Puteri Sarah Jatuh Terduduk

gempak
03/10/2024
03:55 MYT
Pelakon vateran, Kartina Aziz tidak dapat menolak pelawaan aktres, Puteri Sarah Liyana untuk menjadi tetamu jemputan bagi kumpulan Gebu di program Muzikal Lawak Superstar (MLS4) minggu lalu.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Acap S Ubah Prinsip Demi Kumpulan Sarkas, Sanggup Buat ‘Live’ Di KL - “Saya Memang Berkempen Sebab Ini…”

gempak
02/10/2024
11:55 MYT
Mempunyai kelebihan dari segi undian, pempengaruh media sosial Acap S berkata ahli kumpulan Sarkas yang lain iaitu Danial Zaini dan Shahsic sentiasa saling membantu satu sama lain.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Berlakon Sebagai Kekasih & Guna Dialog Tak Sesuai Dengan Ibu Rakan Sendiri, Kumpulan Kilo Akui Kesilapan - “Kami Bertanya Terlebih Dahulu Kepada…”

gempak
30/09/2024
11:55 MYT
Melakonkan babak sebagai sepasang kekasih dan menggunakan dialog agak tidak bersesuai dengan ibu rakan sendiri ketika persembahan minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), kumpulan Kilo tampil memohon maaf.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Minggu Kedua Beri Tekanan, Kumpulan Sarkas Tunjuk ‘Effort’ Untuk Dapatkan Zizan Razak - “Dia Seorang Yang Particular Bab…”

gempak
30/09/2024
05:55 MYT
Mengakui minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) memberi tekanan, kumpulan Sarkas bagaimanapun bersyukur apabila pelawak terkenal Zizan Razak sudi menjadi artis jemputan untuk persembahan mereka.
BorakSeeni