Muzikal Lawak Superstar 4
MLS4: Acap S Pernah Menangis, Akui Diri Bukan Pelawak Tapi Penghibur Di TikTok - “Saya Memang ‘Zero’, Macam Orang…”
Tiada asas dalam dunia komedi, pempengaruh media sosial, Acap S mengakui dia pernah menangis pada minggu kedua dan ketiga Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
Tak ada kelebihan
Menurut Acap, dia berasa bimbang jika dirinya menjadi satu bebanan kepada kumpulannya iaitu Sarkas memandangkan tidak mempunyai kelebihan dalam melawak dan menyanyi.
“Yang buat saya menangis waktu minggu kedua dan ketiga la. Walaupun dah menang, yela sebab saya ini ‘zero’, macam orang lain pernah main teater, berlakon dan mengacara.
“Saya hanya buat live, tak ada bergerak-gerak. Banyak saya kena belajar, tambahan bab menyanyi paling saya tak pandai nak ikut tempo. Saya takut jadi beban la untuk kumpulan kami,” katanya kepada Gempak.
Terima kasih
Bagaimanapun Acap meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada dua ahli kumpulannya iaitu Shashic dan Danial Zaini yang sentiasa memberi semangat kepadanya untuk terus berjuang.
“Tapi mereka berdua ini punyalah bagus, tak pernah nak rendah-rendahkan saya. Mereka sentiasa nak tarik saya, tak pernah nak biarkan saya terjatuh. Terima kasih banyak-banyak kepada Shashic dan Danial,” ujarnya.
Hanya penghibur di TikTok, Acap bagaimanapun mengharapkan orang ramai memberi peluang kepadanya untuk belajar di pentas komedi.
Mahu belajar
“Semua orang meletakkan harapan yang tinggi, saya bukan pelawak tapi saya cuma penghibur di TikTok dan saya nak belajar. Saya mohon bagilah saya masa untuk belajar.
“Saya memang tak ada apa, memang kosong. Bukan senang nak jadi terbaik tapi kita boleh jadi yang terbaik,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Cirit-Birit Sebelum Show, Shashic Syukur Kumpulan Sarkas Menang Minggu Keempat - “Memang Agak Teruk Juga Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Sarkas Berjaya Rampas Semula ‘Gempak Superstar Of The Week’, Perjuangan Soda Pula Berakhir Pada Minggu Keempat
ARTIKEL BERKAITAN: MAN DIKECAM, ACAP S TAK PANDAI NYANYI | Pintu Belakang Muzikal Lawak Superstar 4
Kumpulan Sarkas kembali mengambil semula gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.
Kemenangan itu juga memberi kelebihan kepada Sarkas apabila mereka boleh memilih juri untuk komen persembahan mereka.
Untuk MLS4 minggu keempat yang berlangsung di Pusat Kovensyen CIDB, Kuala Lumpur, kumpulan Soda yang dianggotai Sofwan Soda, Danny Soda, Afea (Yah Kucai) tersingkir di minggu keempat.
Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
Must-Watch Video