,
Muzikal Lawak Superstar 2019

Jadi Acik-Acik & Tina Turner Rambu Ramba, Gelagat Gedik Manja Kak Lina Pom Pom Pasti Dirindui

Mya Amri
31/07/2019
12:43 MYT
Penyertaan penyanyi Elly Mazlein dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) sememangnya menarik perhatian peminat.
Dikenali sebagai seorang yang sporting dan juga sempoi, gelagat Elly atau juga dikenali dengan nama panggilan Kak Lina Pom Pom di pentas MLS sentiasa mencuit hati.
Lebih-lebih lagi apabila Elly membawakan pelbagai watak dalam sketsa yang dipersembahkan setiap minggu.
Paling lucu adalah pada dua minggu terakhir iaitu minggu keempat di mana Elly membawakan karakter sebagai seorang makcik dan minggu kelima sebagai artis luar negara, Tina Turner.
Untuk wataknya sebagai seorang makcik, Elly banyak bermain dengan mimik wajah yang lucu.
Manakala untuk karakter sebagai Tina Turner, gaya ‘mengarut’ Elly sewaktu tampil dengan busana serba merah dan fesyen rambu-ramba itu berjaya membuatkan penonton ketawa.
Walaupun tidak bernasib baik dan tersingkir di minggu kelima, namun persembahan Elly bersama kumpulan Libra (Rahim R2 dan Bell Ngasri) tetap kekal diingatan peminat mereka.
Di sini Gempak kongsikan foto-foto menarik Kak Lina diminggu keempat dan kelima:
Minggu kelima Muzikal Lawak Superstar (MLS) menyaksikan penyingkiran kumpulan Libra selepas menduduki tangga terbawah dan memperolehi markah terendah iaitu 28.23%.
MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.
Hiburan

Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”

gempak
01/05/2024
12:55 MYT
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Lagi Mencabar! Sherry Alhadad Kena Masak 3 Menu… Ini Resipi Penuh Roti Jala, Kari Daging & Teh Masala

gempak
21/03/2024
09:55 MYT
Wah meriah!
Hiburan

Nombor Syatu! Elly Mazlein Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records!

gempak
03/02/2024
05:55 MYT
Artis Versatil Malaysia Naungan Rocketfuel Entertainment Merupakan Artis Pertama Mempunyai Saluran Pop-Up Eksklusif
Hiburan

“Tak Perlu Shaking, Saya Nak Kerja Dengan Ikhlas” - Dianggap Sebagai Pesaing, Elly Mazlein Jawab

gempak
25/01/2024
04:52 MYT
Kak Lina tak ada masa nak layan negativiti okay.