,
Masked Singer 2

TMSM2: “Buat-Buat Tak Tahu? Maaf Tapi Kami Memang Clueless” - Ramona Zamzam Jelas Situasi Juri

Mya Amri
17/02/2022
05:30 MYT
Pelakon, Ramona Zamzam menegaskan setiap juri The Masked Singer Malaysia 2 tidak mengetahui identiti sebenar 14 kostum dalam program berkenaan.
Kata Ramona, situasi juri ketika berusaha memberikan tekaan itu adalah benar dan bukan dibuat-buat.
“Siapa cakap juri-juri buat-buat tak tahu siapa kat dalam tu? Dengan jadual kitorang yang padat memang tak ada masa lah nak mengikuti perkembangan fasal semua selebriti, maaf tapi memang kami clueless,” coretnya di akaun Instagram.
Ramona berkata demikian bagi menjawab persoalan netizen yang ragu-ragu terhadap tekaan dilakukan oleh para juri kepada setiap figura disebalik kostum The Masked Singer Malaysia 2.
BACA: TMSM2: Pepatung Tersingkir! Memang Tak Sangka Langsung Rupanya Datin Maria Farida
BACA: TMSM2: “Kadang Yang Tak Jangka Itulah Dia, Memang Plot Twist” - Remy Ishak
Selain Ramona, The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai lapan lagi juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, dan Angah Raja Lawak.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ramona, Shuhada Kongsi Foto & Video Shakilla Khoriri Berbaju Pengantin! Netizen Pula Ucap Tahniah...

gempak
24/02/2024
07:13 MYT
Pelakon Ramona Zamzam berkongsi sekeping foto memaparkan rakan baiknya yang juga pelakon Shakilla Khoriri anggun berbaju serba putih, mirip pengantin.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Stacy Tak Dapat Sorok Identiti Bunga Matahari Daripada Peminat - “Mereka Awal-Awal Dah Serang Saya”

gempak
19/02/2024
05:55 MYT
Takpe, janji Bunga Matahari nombor syatuu!
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4 (Recap): Bunga Matahari Juara! Ini Markah Penuh Peserta Pentas Akhir!

gempak
19/02/2024
03:55 MYT
Markah pentas akhir The Masked Singer Malaysia S4
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Siapa Juara Di Sebalik Topeng? Ini Tekaan Yang Dibuat Oleh Penonton!

gempak
18/02/2024
04:55 MYT
Siapa bakal dinobatkan juara?