,
Masked Singer 2

“Sedih Sebab Banyak Kenangan Dengan Anak-Anak” – Raja Azura Sebak, Akaun Instagram Kena Hacked

Mya Amri
10/02/2022
08:47 MYT
Pelakon dan juri tetap The Masked Singer Malaysia 2, Raja Azura kecewa apabila akaun Instagramnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku akui sebak kerana terdapat begitu banyak kenangan-kenangan manis bersama anak-anaknya yang dimuat naik di akaun berkenaan.
“Kepada semua followers saya ingin beritahu secara rasminya, Instagram saya telah pun digodam. Saya tak tahulah siapa yang hack dan ini adalah kali kedua.
“Saya ni dah macam malas dah nak main media sosial… Lantaklah korang nak hack siapa korang punya fasal. Janganlah hack saya… Saya ini bukanlah berjuta pun Instagram saya.
“Yang mengikuti saya pun keluarga, kawan-kawan dan orang yang betul-betul minat saya. Saya pun bukanlah gila glamor sangat nak followers ramai-ramai. Tak ada.
“Tapi saya sedihlah sebab banyak sangat momen saya dekat dalam tu, kenangan-kenangan dengan anak-anak saya. Saya taka da benda lain, meniaga-meniaga semua tak ada.
“Dalam itu semua saya dengan anak-anak saya sahaja. Kenangan itu yang paling terlalu berharga dalam diri saya, dalam Instagram,” luah Kak Engku dalam satu video pendek menerusi akaun Instagram baharunya.
Jelas Kak Engku lagi, individu tersebut meminta sejumlah wang sekiranya dia mahukan akaun lamanya kembali.
“Scammer ini siap cakap lagi kalau saya nak balik Instagram itu, dia minta 200 dolar. Okay… Kau cekiklah duit tu, kau ambillah kenangan aku tu, kau simpanlah. Kau tak kaya mana pun.
“Saya beritahu semua orang supaya anda berhati-hati dengan anda punya akaun Instagram, sekarang ini mereka dah buat duit. Dia hack, dia minta kau duit untuk pulangkan balik akaun Instagram,” jelasnya.
Disebabkan itu juga, Kak Engku mengambil inisiatif untuk membuka akaun Instagram baharu.
“Saya terpaksa buka akaun baru dan dah bukak akaun baru ini pun dah rasa macam malas nak main Instagram.
“Jadi secara rasminya inilah akaun Instagram terbaharu saya,” katanya dengan nada sedih.
Untuk info, selain Kak Engku, The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak sebagai juri tetap.
Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.
Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dilakukan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.
Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.
SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.
Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.
Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

gempak
14/08/2024
21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Hiburan

Selepas 14 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Raja Azura Kahwin Semula?

gempak
11/05/2024
03:35 MYT
Selepas hampir 14 tahun bergelar ibu tunggal, pengacara dan pelakon, Raja Azura dilaporkan mengahwini lelaki pilihannya dipercayai berlangsung semalam.
Hiburan

Lakonan Terdahulu Dikatakan ‘Kayu’, Hafreez Adam Tak Ambil Hati - “Saya Bersyukur Diberi Peluang Berlakon Dengan...”

gempak
01/04/2024
09:55 MYT
Hafreez dah nampak matang dari segi lakonan.
Hiburan

Raja Azura Puji Lakonan Hafreez Adam Dah Tak ‘Kayu’ - “Saya Nampak Kematangan Dalam…”

gempak
28/03/2024
06:55 MYT
Raja Azura puji la Hafreez!
Hiburan

Raja Azura Pesan Pelakon Baharu Jangan Kekwat! - "Dalam Hidup Ni Kalau Nak Kerja Kena Banyak Bertanya"

gempak
17/03/2024
06:55 MYT
Raja Azura kesal dengan pelakon baharu kekwat.