,
Masked Singer 2

“Gerak Tangan, Gelak, Dah boleh Agak Itu Ara, Saya Kenal Dia” - Amir Masdi Komen Ratu Semut

Mya Amri
03/04/2022
07:37 MYT
Naib juara The Masked Singer Malaysia 2, Amir Masdi meneka figura disebalik kostum Ratu Semut adalah Ara Johari sejak minggu pertama lagi.
Menurut Amir, dia membuat tekaan berdasarkan cara pergerakkan tangan bercakap dan gelaknya yang amat menyerupai gaya Ara.
“Minggu pertama lagi saya dah boleh teka Ratu Semut itu Ara Johari sebab saya dan dia sering ada dalam satu pertandingan yang sama sebelum ini.
“Saya kenal sangat Ara itu macam mana, cara tangan dia bergerak, gelak dan juga bercakap. Jadi dari minggu pertama hingga ke final saya tak ubah fikiran, memang yakin itu Ara,” katanya.
Mengulas mengenai pemilihan kostum, Amir memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri memilih Seladang.
“Saya pilih Seladang sebab saya rasa haiwan itu ramai orang sudah lupa. Bagi sayalah. Itu benda pertama saya fikir.
“Kedua sebab saya suka kostumnya, masa pertemuan pertama, saya tengok macam senang nak pakai, tak leceh dan saya suka wajahnya sebab nampak fun,” ujarnya
Bercerita mengenai persembahannya di malam akhir, Amir akui menyampaikan lagu Madah Berhelah merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
“Momen yang tak boleh lupa adalah ketika final, lagu Madah Berhelah sebab saya ingat lagi memang saya beri all out.
“Saya buat bersungguh-sungguh untuk lagu itu sebab saya tahu sekurang-kurangnya lagu itu boleh bagi markah yang tinggi,” kongsinya.
BACA: Rambutan Tepati Ramalan, Shila Amzah Juara The Masked Singer Malaysia 2!
The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan Shila Amzah (Rambutan) dinobatkan sebagai juara, Amir Masdi (Seladang) naib juara, Liza Hanim (Orkid) di tempat ketiga, Hannah Delisha (Burung Hantu) tempat keempat dan Ara Johari (Ratu Semut) tempat kelima.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Filem

Sut Keluang Man Kolaborasi Dengan Jenama Minuman Terkemuka! Baru Keluar Teaser Tapi Dah Ramai Tak Sabar Nak Tengok

gempak
21/08/2024
02:26 MYT
Filem superhero ikonik Malaysia, Keluang Man menjadi antara karya yang paling dinantikan di negara ini.
Hiburan

Menciap Sedih & Penat, Ini Penjelasan Amir Masdi - "Sebenarnya, Semua Ayat Itu ..."

gempak
13/08/2024
13:55 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan dirinya dalam keadaan baik selepas mencetuskan tanda tanya mengenai ciapannya di platform X baru-baru ini.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Stacy Tak Dapat Sorok Identiti Bunga Matahari Daripada Peminat - “Mereka Awal-Awal Dah Serang Saya”

gempak
19/02/2024
05:55 MYT
Takpe, janji Bunga Matahari nombor syatuu!