,
Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021ApeCiter: Rosyam Nor vs ‘Sang Bara’ & Shuk Sahar Tarik Diri

Fiza Kamarudin
23/10/2021
11:40 MYT
Fuhhh! Ingatkan minggu pertama Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 sahaja yang kecoh! Rupa-rupanya minggu kedua pun tak kurang hebatnya.
Malam tadi, sepanjang berlangsungnya MLM2021, beberapa perkara telah menarik perhatian Gempak. Antaranya ialah mengenai ketiadaan beberapa pelawak dalam kumpulan masing-masing dan persengketaan di antara ketua juri, Datuk Rosyam Nor dan ‘Sang Bara’.
Minggu lalu, ‘Sang Bara’ menjadi kontroversi apabila ramai yang tidak berpuas hati dengan komen pedas dan terlalu garang, tanpa filter makhluk bertopeng tersebut.
Menerusi pemerhatian Gempak malam tadi, ‘Sang Bara’ lebih lembut memberikan komen berbanding minggu lalu.
Mungkin kerana minggu lalu ‘Sang Bara’ cuba nak ‘test’ ketahanan mental pelawak-pelawak di pentas MLM 2021. Bak kata ‘Sang Bara’ minggu lepas “RM500,00 beb yang kau rebut ni…”
Cuma, nampaknya ketua juri Datuk Rosyam Nor pula nampak tak puas hati dengan ‘Sang Bara’! Sampai nak dipulas tengkuk ‘Sang Bara’ kalau dia tahu siapa disebalik topeng tu! ‘Sang Bara’ pula nampak tak gentar dengan ‘ugutan’ tu sampai Datuk Rosyam kata “kalau berani keluarlah dari topeng tu, duduk sini sekali bagi komen…Duduk dalam tu beranilah!”
Dengar macam serius, tapi unsur-unsur ‘lawak-geram’ tu tetap menghiburkan penonton di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Tak perlu jadikan ‘ugutan’ tersebut sebagai benda serius pun gais, benda spontan dalam program lawak kan? Yang penting semua orang terhibur.
Tetapi dalam keterujaan kita berhibur ada juga berita mengejutkan seperti ketiadaan Vicha bersama Puteh, Tapai yang masih belum muncul dengan kumpulan Taici dan berita mengenai Shuk Sahar tarik diri daripada Tobat!
Walaupun ramai di PICC terkejut selepas pengacara MLM 2021, Datuk AC mengumumkan mengenai penarikan diri Shuk secara tiba-tiba, namun anggota Tobat iaitu Bell dan Ropie akur dengan keputusan tersebut. Sebelum ini, Yassin menarik diri daripada MLM 2021 dan meninggalkan kumpulan Ori atas sebab peribadi.
Bagaimanapun Gempak dimaklumkan Vicha dan Tapai akan kembali ke pentas MLM 2021 minggu hadapan.
MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat, 9 malam ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.
Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tunai Umrah Bersama Bukti Cinta Shuk Sahar & Isteri Masih Utuh - “Selamatkan Rumah Tangga Selagi…”

gempak
23/08/2024
02:25 MYT
Pelawak Shuk Sahar menutup spekulasi mengenai masalah rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh dengan memuat naik foto di Instagram memperlihatkan mereka kini berada di Tanah Suci, Mekah.
Hiburan

Iqram Dinzly Bagi ‘Surat Hitam Kedua’ Untuk Fara Salleh, Sempat Titip Pesanan - “Pergi Ambil Wudhuk, Solat Taubat & Istiqorah Mohon Pada Allah…”

gempak
14/08/2024
06:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar itu iaitu Fara Salleh meminta aktor Iqram Dinzly agar tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka memandangkan aktor tersebut bukan berkahwin dengannya.
Hiburan

Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar, Rakan Dakwa Pernah Jadi Saksi Pergaduhan - “Tahap Marah Dia Itu Sampai…”

gempak
14/08/2024
03:25 MYT
Perkongsian rakan kepada Shuk Sahar dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai di Instagram yang mendedahkan tentang masalah rumah tangga pelawak itu dengan isterinya, Fara Salleh menarik perhatian netizen.
Hiburan

Rumah Tangga Didakwa Sedang Goyah, Ini Respons Shuk Sahar…

gempak
12/08/2024
15:55 MYT
Perkongsian isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh di platfrom Thread mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mendakwa rumah tangga mereka sedang goyah.
Hiburan

Fara Salleh Luah Rasa Kesal Berkahwin, Rumah Tangga Shuk Sahar & Isteri Goyah? - “I Hope He Realize My Statement & Divorce Me”

gempak
12/08/2024
04:54 MYT
“Menyesal kahwin is so real,” tulis isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh menerusi platfrom Thread yang mengundang pelbagai spekulasi.