,
Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021ApeCiter: 5 Ha Pertama Untuk Boro, Achey Menangis…

Fiza Kamarudin
28/11/2021
11:47 MYT
Selepas tujuh minggu berentap di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Kumpulan Boro akhirnya berada di kedudukan pertama dan telah mendapat 5 Ha daripada semua juri.
Lebih manis lagi, apabila Boro yang dianggotai Fad, Achey dan Atu turut menerima Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Kumpulan Boro beraksi cemerlang pada minggu bertemakan Karoot dan Dikir Barat serta mendapat pujian daripada juri tetap Diana Danielle.
“Kepada Atu memang terbaiklah malam ni, bawa karakter Che Man. Untuk Boro, transision dikir barat dengan dialog tu smooth dan tak janggal, saya suka.
“Atu kalau diberi sesuatu karakter, memang sangat menjiwai. Masing-masing sangat memberi, you guys support each other. “Daripada mula sampai akhir tak ada momentum turun atau mendatar…Korang keep giving sangat bagus! Kreativiti menyerlah, jalan cerita yang baik, persembahan yang bersahaja. Saya puas hati,” kata Diana Danielle.
Sebaik sahaja juri menekan butang Ha, Achey terus menundukkan badan menahan rasa sebak, tambahan lagi dia membuat persembahan dalam keadaan kurang sihat.
Selesai persembahan, Boro disambut penyokong mereka di belakang pentas Putrajaya Convention Centre yang memberikan kata-kata semangat kepada mereka.
Achey yang masih terkejut dilihat menahan sebak dan mengalirkan air matanya.
“Saya demam dua hari lepas, menangis saya kat atas tu sebab kasihan kepada diaorang (Fad dan Atu). Saya tengok Naga (Sang Bara) tu, dia bagi Ha! Ya Allah.
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang support. Doa anak, orang rumah dan keluarga kami. Terima kasih semua,” katanya sebak.
Gempak difahamkan kumpulan Boro terpaksa menukar jalan cerita kerana keadaan Achey dan bimbangkan keadaan rakan sepasukan mereka.
“Allah…Kepada mu kami bersyukur….Tahniah Boro. Last minute kene tukar cerita, Achey tak sihat, semua bingung.
“Semua da hikmahnya. Allah ada…Allah nak tengok hambanya yang sentiasa ingat dia. Finally,…
“Kami ada perasaan hilang semangat dengan komen-komen netizen, nak ambil hati juri macam mana, Sang Bara yang susah kita nak hiburkan, Minggu ke-tujuh baru dapat.
“Allah…Terima kasih banyak-banyak ya semua…,” tulis Shafeeqa Johari yang juga isteri kepada Atu di laman sosial Instagram (IG).
MLM 2021 minggu ke-tujuh menyaksikan Cawan tersingkir sekaligus melayakkan enam kumpulan lagi ke peringkat Suku Akhir, Jumaat depan.
Enam kumpulan yang tinggal iaitu Boro, Tiro, Bahye, Tobat, Puteh dan Otai bakal berdepan cabaran lebih sukar kerana akan membuat dua persembahan pada minggu ke-lapan.
Persembahan pertama adalah bersama artis jemputan daripada kalangan motivator atau pendakwah bebas dengan sketsa bertemakan moral dan nilai kemanusiaan.
Manakala dalam persembahan kedua, setiap kumpulan dikehendaki membuat sketsa bertemakan Pesta Keraian dengan tema KFC iaitu dengan menggunakan produk KFC dan KFC tagline (akan diberikan) di dalam sketsa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bergabung Dalam 'Biar', Achey Dan Tantari Mahu Sampaikan Mesej Yang Mendalam Buat Pendengar

gempak
12/09/2024
18:55 MYT
Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah,38, lagu yang ditulis sepenuh olehnya itu mengisahkan tentang realiti kehidupan, di mana kesempurnaan adalah sesuatu yang sukar dicapai.
Hiburan

Achey Berang Pasangan Pilih Konsep 'Child Free' & Anggap Anak Beban - "Mak, Nenek Moyang Awak Pun Agak Menyesal Bila…”

gempak
01/07/2024
06:55 MYT
Tular video di laman sosial memperlihatkan sepasang suami isteri yang mengakui mereka memilih untuk berkahwin tapi tidak mahu zuriat yang mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya dan selebriti tempatan.
Hiburan

"Saya & Fad Bukan Berdiam Diri Tapi Doa Dari Jauh" - Achey Rayu Hidayah & Ali Segera Berdamai, Bimbang Anak-Anak Tanam Sifat Benci

gempak
19/03/2024
01:55 MYT
Bukan berdiam diri! Tegas pelawak Achey yang pernah sekumpulan dengan Allahyarham Abam Bocey, dia mengharapkan kemelut antara Nor Hidayah dan Syed Ali Puteh diselesaikan dengan segera.
Hiburan

Ucap Hari Lahir Buat Allahyarham Abam, Achey Sebak  - “Kesedihan Takda, Rindu Je Ada Ni”

gempak
20/01/2024
12:00 MYT
Al-fatihah buat Allahyarham Abam
Laman Utama

Fad Anuar Enggan Dibayangi Eman Manan - “Mahu Pun Anak Buah Sendiri, Tiada Toleransi”

gempak
18/09/2023
07:50 MYT
Fad mahu dikenali menerusi bakatnya sendiri.