,
Maharaja Lawak Mega 2021

MLM2021: “Terima Kasih Sang Bara…Terima Kasih Diva AA Kerana Benarkan Kami Impersonate Karakter Diva…” – Tiro

Fiza Kamarudin
30/11/2021
09:10 MYT
Selepas dua minggu ‘gagal’ menghiburkan juri, Kumpulan Tiro bangkit semula pada minggu ketujuh selepas persembahan mereka mendapat 5 Ha di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.
Menerusi persembahan bertemakan ‘Karoot’ dan Dikir Barat, Tiro dianggotai Sharif, Syaiful dan Danial berjaya menarik perhatian Sang Bara apabila muncul sebagai ‘kembar’ juri istimewa tersebut.
Kumpulan Tiro turut membawa karakter Azwan Ali atau Diva AA dan seperti biasa, Danial berjaya meniru karakter pengacara sensasi tersebut dengan baik.
Danial berkata, Tiro telah memohon kebenaran Diva AA sebelum membuat keputusan untuk membawa karakter tersebut ke pentas MLM 2021.
“Kami dah call Diva AA dah mohon kebenaran beliau untuk membawa karakter Diva AA pada minggu ketujuh dan beliau benarkan.
“Terima kasih yang teramat buat Diva AA kerana benarkan kami impersonate karakter Diva,” kata Danial. Jumaat lalu, Tiro berjaya menduduki tempat kedua tertinggi dan memperoleh 69.83% markah ketinggalan hanya 0.13% di belakang Boro.
MLM 2021 minggu ke-tujuh menyaksikan Cawan tersingkir sekaligus melayakkan enam kumpulan lagi ke peringkat Suku Akhir, Jumaat ini.
Enam kumpulan yang tinggal iaitu Boro, Tiro, Bahye, Tobat, Puteh dan Otai bakal berdepan cabaran lebih sukar kerana akan membuat dua persembahan pada minggu ke-lapan.
Persembahan pertama adalah bersama artis jemputan daripada kalangan motivator atau pendakwah bebas dengan sketsa bertemakan moral dan nilai kemanusiaan.
Manakala dalam persembahan kedua, setiap kumpulan dikehendaki membuat sketsa bertemakan Pesta Keraian dengan tema KFC iaitu dengan menggunakan produk KFC dan KFC tagline (akan diberikan) di dalam sketsa.
MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat, 9 malam ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.
Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Zahid Baharuddin Tamat Zaman Duda – “Ramai Yang Tanya Isteri Kedua Ke? Bukanlah…”

gempak
21/12/2021
12:22 MYT
Diam-diam je dia...Tahniah Zahid & isteri...
Laman Utama

Anak Sulung Mamak Puteh Jalani Pembedahan Kerana Masalah Pernafasan

gempak
21/12/2021
09:20 MYT
Semoga Iris cepat sembuh...Stay strong Mamak!
Gegar Vaganza 2021

Isteri Ali Puteh Timang Bayi Lelaki – “Syukur...Rezeki Berganda, Puteh Naib Juara MLM2021 & Isteri Lahirkan Anak Keempat...”

gempak
20/12/2021
01:43 MYT
Rezeki...Tahniah Ali!
Maharaja Lawak Mega 2021

Sharnaaz Ahmad ‘Sang Bara’ – “Dia Orang Pilih Saya Mungkin Sebab Karakter 'Suka Cakap Lepas' Kot…”

gempak
18/12/2021
04:40 MYT
Ramai ke yang dapat teka dengan betul?
Maharaja Lawak Mega 2021

Beli Bot Nelayan, Buat Rumah Untuk Mak, Kerjakan Haji & Umrah Antara Perancangan Tiro Selepas Dapat Duit Kemenangan

gempak
18/12/2021
02:33 MYT
Semoga apa yang dihajatkan terlaksana...