,
Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021: “Tak Ada Pengganti Shuk Buat Masa Ini…Kumpulan Tobat Akan Bermula Semula” – Bell Ngasri

Fiza Kamarudin
26/10/2021
09:15 MYT
Pelakon Bell Ngasri mengesahkan tiada pengganti Shuk Sahar dalam kumpulan Tobat selepas penarikan diri pelawak tersebut dari program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, minggu lalu.
Bell ketika dihubungi Gempak berkata, buat masa ini kumpulan Tobat tidak membayangkan akan mempunyai pengganti Shuk.
Katanya, dia dan Ropie akan terus memberikan persembahan terbaik meskipun terpaksa ‘bermula semula’ seperti kumpulan baru.
“Jujur saya katakan, terasa juga bila Shuk tarik diri, kerana kumpulan ini ditubuhkan pun atas idea dia. Shuk tulang belakang Tobat dan senang bekerja dengan dia.
“Apapun kami menghormati keputusan Shuk dan Kumpulan Tobat akan memberikan yang terbaik walaupun kami terpaksa bermula balik.
“Ibaratnya minggu ketiga ini nanti macam minggu pertamalah buat Tobat,” katanya.
Dalam pada itu, Bell mengharapkan agar peminat Tobat terus memberikan sokongan kepada mereka di samping mengucapkan terima kasih kepada yang tidak jemu-jemu meniupkan kata-kata semangat dan positif buat mereka.
“Terima kasih kepada yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata positif kepada Tobat. Diharapkan sokongan anda kepada Tobat berterusan.
“Walaupun saya dan Ropie sebenarnya agak gementar memikirkan nasib kami selepas tinggal berdua ni,” kata Bell jujur.
Pada minggu lalu, pengacara MLM 2021 Datuk AC Mizal mengumumkan Shuk Sahar menarik diri dari pentas MLM 2021 kerana masalah peribadi.
MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat, 9 malam ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Sementara itu penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.
Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Trailer Baru Keluar Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton Filem Don Dukun – “Zul Ariffin Dengan Ropie, Mesti Berdekah Ni”

gempak
25/09/2024
13:55 MYT
Biarpun trailer baharu saja dikeluarkan, rata-rata pencinta filem tempatan seakan tidak sabar untuk menantikan filem komedi paling pecah perut tahun ini, Don Dukun.
Hiburan

Tunai Umrah Bersama Bukti Cinta Shuk Sahar & Isteri Masih Utuh - “Selamatkan Rumah Tangga Selagi…”

gempak
23/08/2024
02:25 MYT
Pelawak Shuk Sahar menutup spekulasi mengenai masalah rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh dengan memuat naik foto di Instagram memperlihatkan mereka kini berada di Tanah Suci, Mekah.
Hiburan

Iqram Dinzly Bagi ‘Surat Hitam Kedua’ Untuk Fara Salleh, Sempat Titip Pesanan - “Pergi Ambil Wudhuk, Solat Taubat & Istiqorah Mohon Pada Allah…”

gempak
14/08/2024
06:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar itu iaitu Fara Salleh meminta aktor Iqram Dinzly agar tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka memandangkan aktor tersebut bukan berkahwin dengannya.
Hiburan

Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar, Rakan Dakwa Pernah Jadi Saksi Pergaduhan - “Tahap Marah Dia Itu Sampai…”

gempak
14/08/2024
03:25 MYT
Perkongsian rakan kepada Shuk Sahar dikenali sebagai Raje Ridzuan Khai di Instagram yang mendedahkan tentang masalah rumah tangga pelawak itu dengan isterinya, Fara Salleh menarik perhatian netizen.
Hiburan

Rumah Tangga Didakwa Sedang Goyah, Ini Respons Shuk Sahar…

gempak
12/08/2024
15:55 MYT
Perkongsian isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh di platfrom Thread mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mendakwa rumah tangga mereka sedang goyah.