,
Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021: “Pelawak Kebal Hadapi Kecaman, No Hal!” – Dapat ‘1 Ha’, Kumpulan Puteh Tak Marah…

Fiza Kamarudin
22/10/2021
08:11 MYT
Kumpulan Puteh yang dianggotai Ali, Mamak dan Vicha tidak menyalahkan juri yang mengkrtitik persembahan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, minggu lalu.
Puteh berkata, kritikan dan komen juri diambil daripada sudut yang positif tanpa menyimpan perkara tersebut di dalam hati.
“Tidak mengapalah, kena hentam itu normal. Pelawak dah kebal hadapi kecaman. Mungkin ada yang nampak Mamak macam Zizan tetapi tak mengapa itu hak juri untuk memberi komen.
“Apa yang kami tahu, kami akan bangkit untuk minggu-minggu seterusnya dan bekerja dengan lebih keras lagi. Puteh tak putus asa, Insya-Allah,” kata Ali mewakili kumpulan Puteh.
Sementara itu Mamak ketika ditemui Gempak berkata, dia sendiri tidak menyedari gaya dan aksinya menyerupai Zizan.
“Saya pun tak perasan yang saya ni macam Zizan. Sebab saya adalah saya dan begitulah sejak dari awal lagi di pentas ini.
“Tetapi tak mengapa saya akan perbaiki di mana kekurangan yang ada dan komen tersebut dianggap sebagai rencah dalam pertandingan ini,” katanya positif.
Mengulas mengenai ‘1 Ha’ yang diberikan oleh hanya seorang juri, iaitu Uqasha Senrose Mamak berkata perkara tersebut tidak mematahkan semangat Puteh untuk terus memberi persembahan terbaik.
“Tidak ada apa-apalah. Adat lah tu, ada orang suka ada orang tak berkenan. Adat. Puteh sempoi, kalau ada yang tak suka kita buat sampai ‘depa’ suka.
“Insya-Allah minggu kedua nanti Puteh akan cuba berikan yang terbaik untuk memuaskan hati juri serta penonton-penonton MLM 2021,” katanya.
Dalam edisi kali ini MLM menampilkan empat orang juri profesional iaitu Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh dan Uqasha Senrose serta juri istimewa ‘Sang Bara’.
Minggu kedua MLM 2021 pada malam ini bakal menampilkan kesemua bintang beraksi bersama artis jemputan masing-masing.
MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula 9 malam.
Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, program realiti ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Mengekalkan susuk figura yang cukup versatil dalam industri seni tanah air, Dato’ AC Mizal kekal sebagai pengacara sembilan musim berturut-turut.
Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.
Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Zahid Baharuddin Tamat Zaman Duda – “Ramai Yang Tanya Isteri Kedua Ke? Bukanlah…”

gempak
21/12/2021
12:22 MYT
Diam-diam je dia...Tahniah Zahid & isteri...
Laman Utama

Anak Sulung Mamak Puteh Jalani Pembedahan Kerana Masalah Pernafasan

gempak
21/12/2021
09:20 MYT
Semoga Iris cepat sembuh...Stay strong Mamak!
Gegar Vaganza 2021

Isteri Ali Puteh Timang Bayi Lelaki – “Syukur...Rezeki Berganda, Puteh Naib Juara MLM2021 & Isteri Lahirkan Anak Keempat...”

gempak
20/12/2021
01:43 MYT
Rezeki...Tahniah Ali!
Maharaja Lawak Mega 2021

Sharnaaz Ahmad ‘Sang Bara’ – “Dia Orang Pilih Saya Mungkin Sebab Karakter 'Suka Cakap Lepas' Kot…”

gempak
18/12/2021
04:40 MYT
Ramai ke yang dapat teka dengan betul?
Maharaja Lawak Mega 2021

Beli Bot Nelayan, Buat Rumah Untuk Mak, Kerjakan Haji & Umrah Antara Perancangan Tiro Selepas Dapat Duit Kemenangan

gempak
18/12/2021
02:33 MYT
Semoga apa yang dihajatkan terlaksana...