,
Maharaja Lawak Mega 2021

MLM2021: “Kalau Kami Masuk Final…Itu Magik!” – Kumpulan Otai

Fiza Kamarudin
10/12/2021
06:10 MYT
Kumpulan Otai dianggotai Azlee, Acong dan Ieda mengucapkan rasa syukur apabila berjaya melangkah kaki ke peringkat Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, malam ini.
Menurut Otai, bertahan sehingga ke peringkat Separuh Akhir adalah rezeki yang telah ditentukan Allah SWT buat mereka dan sekiranya mara ke pentas finale ia merupakan satu keajaiban.
“Alhamdulillah, lega sangat bila diumumkan kami semua akan ke minggu kesembilan. Dapat pergi separuh akhir adalah satu pencapaian buat Otai.
“Kami akan memberikan persembahan yang terbaik malam ini. Jika ada rezeki Otai adalah…Tapi kalau kami berjaya ke final itu magik,” kata Otai.
Sementara itu Otai mengakui kumpulan mereka tidak mempunyai bilangan peminat yang ramai dan kekurangan markah dari segi undian secara atas talian.
“Bohonglah kalau kami kata tak teringin nak menjejakkan kaki ke pentas final. Macam Acong sendiri sudah mula menyertai MLM ini sejak musim pertama lagi.
"Tapi Otai akur, kami tidak ada fans yang ramai, markah keseluruhan adalah 70% daripada juri dan 30% lagi secara online. Kami tidak malu untuk mengaku yang Otai memang mengharapkan undian daripada orang ramai kerana mahu melangkah ke peringkat akhir minggu hadapan.
“Walau apa pun, kami berterima kasih kepada yang mengundi walaupun bilangannya tidak seramai kumpulan-kumpulan lain. Yang penting, semangat daripada mereka yang tidak jemu menyokong kami itu, sangat kami hargai,” kata Otai positif.
Dalam pada itu, Otai turut menghargai para peminat yang menerima persembahan mereka.
“Setiap persembahan tidak kiralah mana-mana kumpulan pun, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Jujur kami katakan, kami terharu apabila ada penonton MLM 2021 yang memberi pujian.
“Walaupun ada yang kata kami ni tak kelakar, tetapi ramai juga yang sedar tentang sketsa ‘fresh’ daripada Otai, tak recycle lawak atau meniru mana-mana sketsa. Benda tu pun dah buat kami terharu dan tersentuh.
“Sedikit sebanyak, penat lelah di selama lapan minggu di MLM 2021 ini terasa berbaloi,” ujar Otai mengakhiri perbualan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Sukan

Sujud Syukur, Pakai Topeng Khas… Faisal Halim Kembali Ke Padang Selepas 3 Bulan Berehat

gempak
03/08/2024
23:55 MYT
Penyerang Selangor, Faisal Halim akhirnya kembali ke padang apabila tersenarai dalam perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) pada Sabtu malam.
Hiburan

Ultimate 6 Gabungkan XPDC, Kamikaze, Laksamana & CRK! - "Setiap Teraju Punyai Keunikan Tersendiri"

gempak
27/01/2024
11:26 MYT
Menggabungkan bekas ahli kumpulan rock otai, Ultimate Six memberikan kelainan kepada peminat muzik rock tanahair di era 80an dan 90an.
Hiburan

Bukan Enam Tapi Lapan Kumpulan Marhaban Ke Semi Final Pentas Marhaban! - "Biar Tersingkir, Markah Mereka Tinggi"

gempak
24/12/2023
12:00 MYT
Surprise!
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina

gempak
05/12/2023
14:52 MYT
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.