,
Maharaja Lawak Mega 2021

MLM2021: “Buat-Buat Sedih Untuk Pancing Simpati? Cakaplah Apa Pun, Kami Tak Mampu Tutup Mulut Orang…” -  Kumpulan Puteh

Fiza Kamarudin
14/12/2021
09:40 MYT
Kumpulan Puteh tidak mengambil hati dakwaan sesetengah individu kononnya persembahan kedua mereka pada malam Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Jumaat lalu hanya sekadar untuk memancing simpati.
Salah seorang anggota kumpulan Puteh, Mamak ketika ditemui Gempak berkata, mereka menerima apa sahaja pandangan setiap individu secara terbuka.
“Tak apa, kita memang takkan boleh puaskan hati semua orang. Kumpulan Puteh sentiasa meraikan pendapat semua dan menjadikannya sebagai motivasi untuk kami membuat persembahan yang lebih baik.
“Puteh tak ambil hati, walaupun ada yang kata nak pancing undi kesianlah, buat-buat nangislah...Tak apa, cakaplah apa pun, kami tak mampu nak tutup mulut orang daripada berkata-kata.
"Apa yang kami tahu, dalam persembahan minggu lepas Ali tidak sebut nama sesiapa pun. Sketsa itu terbuka untuk sesiapa sahaja yang kehilangan orang tersayang.
"Kalau ada yang relate benda tu dengan kisah peribadi Ali, terpulang pada pemahaman masing-masing. Yang kami tahu, mesej yang cuba disampaikan ialah supaya orang di luar sana sentiasa menghargai keluarga dan orang tersayang sebelum terlambat," katanya.
Mamak berkata, Puteh kini hanya memberi tumpuan kepada persembahan terakhir mereka dan tidak akan mempedulikan perkara-perkara negatif.
“Kalau benda-benda negatif itu boleh mengganggu konsentrasi kami untuk mencari bahan dan bekerja, buat apa kami kisah?
“Tak berbaloi pun. Sebab orang kalau dah tak suka, kami buatlah apa pun tetap mereka tak suka. Yang kami tahu, sekarang ini Puteh hanya mahu fokus kepada persembahan untuk pentas akhir, Jumaat ini,” kata Mamak positif.,” katanya.
Pada Jumaat lalu, Kumpulan Puteh menduduki tempat kedua, di minggu kesembilan, sekaligus melayakkan mereka bergelar finalis MLM 2021.
“Alhamdulillah, ada rezeki Puteh tahun ini. Kami berharap akan memberikan yang terbaik kerana saingan yang ada semuanya memiliki kelebihan masing-masing.
“Apa yang kami harapkan persaingan secara adil dan diadili sebaik-baiknya di pentas akhir nanti,” katanya.
Dalam pada itu Mamak turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kumpulan Puteh.
“Kepada penyokong-penyokong kami, terima kasih kerana membantu kami dengan undian anda. Kerana anda kami sentiasa bersemangat dan tidak putus asa dalam perjuangan di MLM 2021,” katanya.
Kumpulan Puteh merupakan juara MLM 2019 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 bersama trofi menewaskan kumpulan Zero di tempat kedua dan Bocey pemenang ketiga.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Laman Utama

Zahid Baharuddin Tamat Zaman Duda – “Ramai Yang Tanya Isteri Kedua Ke? Bukanlah…”

gempak
21/12/2021
12:22 MYT
Diam-diam je dia...Tahniah Zahid & isteri...
Laman Utama

Anak Sulung Mamak Puteh Jalani Pembedahan Kerana Masalah Pernafasan

gempak
21/12/2021
09:20 MYT
Semoga Iris cepat sembuh...Stay strong Mamak!
Gegar Vaganza 2021

Isteri Ali Puteh Timang Bayi Lelaki – “Syukur...Rezeki Berganda, Puteh Naib Juara MLM2021 & Isteri Lahirkan Anak Keempat...”

gempak
20/12/2021
01:43 MYT
Rezeki...Tahniah Ali!
Maharaja Lawak Mega 2021

Sharnaaz Ahmad ‘Sang Bara’ – “Dia Orang Pilih Saya Mungkin Sebab Karakter 'Suka Cakap Lepas' Kot…”

gempak
18/12/2021
04:40 MYT
Ramai ke yang dapat teka dengan betul?