,
Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021: Akhirnya Kumpulan Puteh Bolot 5 Ha! - “Hadiah Hari Jadi Vicha…”

Fiza Kamarudin
20/11/2021
01:28 MYT
Akhirnya selepas enam minggu di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM 2021), kumpulan Puteh berjaya memperoleh 5 Ha!
Pada malam bertemakan Oppo bersama atlet negara dari pelbagai bidang, Puteh telah mengundang bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad.
Puteh juga telah menerima Anugerah Lawak Paling Pedas Adabi yang membawa pulang RM1,000 bersama barangan Adabi berjumlah RM500.
Sementara itu, Puteh ketika ditemui berkata mereka tidak menyangka persembahan pada malam ini (Jumaat) menarik perhatian para juri termasuk Sang Bara.
“Selepas berminggu-minggu, akhirnya malam ini kami berjaya mendapat markah tertinggi dan diberikan 5 Ha oleh para juri.
“Yang mengikuti perjalanan Puteh di pentas MLM2021 dari minggu pertama pasti dapat melihat bagaimana strugglenya kami.
“Minggu pertama dan kedua tanpa Vicha yang diuji dengan masalah kesihatan agak memberikan tekanan kepada kami.
“Namun kami tetap berusaha mencari rentak dan terbukti kerja keras kami berbaloi,” kata Puteh.
Bagi Vicha pula, ‘kemenangan’ pada malam ini merupakan hadiah hari lahir yang terbaik buat dirinya.
“Saya anggap ini adalah hadiah hari lahir yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
“Bohong kalau saya katakan saya tidak down selepas melihat Puteh hanya diberikan 1 Ha, 2 Ha pada minggu-minggu awal.
“Dan macam-macam dugaan lagi yang datang. Saya hampir putus semangat, tetapi berkat sokongan semua saya masih di sini berjuang bersama Puteh,” katanya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 33 pada 7 November lalu.
Dalam pada itu, Mamak pula berkata Puteh tidak akan berputus asa walau apa pun rintangan yang datang.
“Malam ini pemangkin semangat buat kami. Terima kasih semua. Walau apa pun yang datang Puteh tidak akan mengalah.
“Semoga minggu hadapan dan minggu-minggu seterusnya kami dapat kekalkan momentum yang ada dan seterusnya melangkah kaki ke pentas final MLM2021,” katanya positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Zahid Baharuddin Tamat Zaman Duda – “Ramai Yang Tanya Isteri Kedua Ke? Bukanlah…”

gempak
21/12/2021
12:22 MYT
Diam-diam je dia...Tahniah Zahid & isteri...
Laman Utama

Anak Sulung Mamak Puteh Jalani Pembedahan Kerana Masalah Pernafasan

gempak
21/12/2021
09:20 MYT
Semoga Iris cepat sembuh...Stay strong Mamak!
Gegar Vaganza 2021

Isteri Ali Puteh Timang Bayi Lelaki – “Syukur...Rezeki Berganda, Puteh Naib Juara MLM2021 & Isteri Lahirkan Anak Keempat...”

gempak
20/12/2021
01:43 MYT
Rezeki...Tahniah Ali!
Maharaja Lawak Mega 2021

Sharnaaz Ahmad ‘Sang Bara’ – “Dia Orang Pilih Saya Mungkin Sebab Karakter 'Suka Cakap Lepas' Kot…”

gempak
18/12/2021
04:40 MYT
Ramai ke yang dapat teka dengan betul?
Maharaja Lawak Mega 2021

Beli Bot Nelayan, Buat Rumah Untuk Mak, Kerjakan Haji & Umrah Antara Perancangan Tiro Selepas Dapat Duit Kemenangan

gempak
18/12/2021
02:33 MYT
Semoga apa yang dihajatkan terlaksana...