,
Maharaja Lawak Mega 2021

MLM 2021: “Tak Sangka Ramai Yang Sedih…Saya Segan Nak Sebut, Tapi Masa Rehearsal…” – Bell Ngasri

Fiza Kamarudin
08/12/2021
04:46 MYT
Pelakon dan pelawak Bell Ngasri, 41, mengakui segan untuk membawa dialog mengenai ‘tidak pernah menerima anugerah sepanjang pembabitannya dalam dunia seni’ kerana bimbang dianggap meraih simpati.
Bell berkata, semuanya bermula apabila dia menyebut tentang perkara itu ketika sesi latihan bersama kumpulan Tobat (Ajak dan Ropie) dengan tujuan bergurau.
“Masa rehearsal saya ‘ad-lip’ la part tu. Tujuan saya bergurau je dengan Ajak dan Ropie. Tapi tiba-tiba dorang ‘lock’ pulak dialog tu dan suruh saya bawa ke pentas suku akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Jumaat lepas.
“Saya segan sebab takut nanti orang kata saya raih nak undi simpati atau lapar perhatian ke kan... Saya dah ‘try’ untuk buat ‘plot twist’ tapi Ajak dan Ropie kata jangan!,” katanya ketawa.
Tambah Bell, dia sama sekali tidak menyangka dialog tersebut telah menjadi tular dan membuatkan ramai tersentuh.
“Sikit pun saya tak sangka dialog saya dalam sketsa pertama itu akan menjadi tular. Sebelum masuk ke pentas pada malam suku akhir tu, saya tanya lagi pada Ajak...Okay ke tak okay ni kalau saya cakap macam tu?
"Ajak kata okay. Saya melangkah masuk tapi hati masih berbelah bahagi. Jadi tak confident. Sebelum ini pun ramai je yang kecam dan kata saya ni tak kelakar, menumpang pelawak-pelawak di MLM sahaja, tapi perasaan malam tu lain.
“Tapi memang betul la saya ini hanya berkongsi tuah mereka dan di MLM 2021 perjalanan saya lebih dan paling jauh walaupun sudah beberapa kali menyertai MLM sebelum ini.
“Sudah lama saya idamkan untuk dapat pijakkan kaki ke pentas akhir dan saya berharap impian saya akan tercapai bersama Tobat,” katanya.
Dalam pada itu Bell berkata, dia turut mengagumi Ajak dan Ropie yang masing-masing memiliki pencapaian hebat di dalam pertandingan itu.
"Memang saya lebih senior berbanding mereka dalam bidang seni ini, tapi di pentas lawak saya jauh lagi daripada mereka.
"Saya tak pernah rasa diri berada di tahap lebih tinggi berbanding mereka. Itu pentas mereka dan saya cuma turut serta berkongsi.
"Jadi secara spontan, dialog yang keluar ketika sesi rehearsal itu adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana tolong bawa saya bersama," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jadi Diva? Bell Ngasri Komen - "Kalau Artis Baru Buat Perangai Begitu Dengan Saya..."

gempak
07/12/2023
08:55 MYT
Jangan nak diva sangat lah.
Laman Utama

Harga Bell Ngasri Naik Sikit Lepas Popular, Kini Duta Minyak Wangi!

gempak
31/10/2023
09:40 MYT
Bell Ngasri duta minyak wangi jenama Sky.
Laman Utama

“Terima Kasih KRU Studios Sudi Letakkan Saya Watak Utama” - Bell Ngasri Gila-Gila Dalam Geng Sakau vs Hantu Ting Tong

gempak
21/10/2023
08:28 MYT
Bell kalau kelakar, kelakar betul.
Laman Utama

Adik Dikecam Jadi Timbalan Pengerusi GiatMARA, Ini Respon Bell Ngasri! - "Saya Harap Anne ..."

gempak
29/09/2023
00:45 MYT
Ini respon Bell.
Laman Utama

Geng Sakau vs Hantu Ting Tong, Papar Ragam Tiga Sahabat Berdepan Gangguan Mistik Next Level Di Flat

gempak
28/09/2023
03:57 MYT
Lucu filem ni.