,
Maharaja Lawak Mega 2019

“Arwah Kamal Sepatutnya Bersama Keluarga MLM 2019 Di Pentas Hot Seat, Tapi…” – Chiwan Chilok

Fiza Kamarudin
24/10/2019
15:27 MYT
Pelawak yang juga anggota kumpulan Chilok, Allahyarham Kamal sepatutnya berada bersama ‘keluarga’ Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, namun hajat tersebut tidak kesampaian.
Kamal sepatutnya berada dalam kumpulan SMART bersama Am Ketampi (bekas peserta Raja Lawak 2) dan Zam Sol (juara Skool of Lawak) di pentas Hot Seat, Jumaat ini.
Chiwan ketika dihubungi berkata, dia sepatutnya bertemu Kamal untuk bertanyakan tentang persiapan menjelang Hot Seat MLM 2019, esok namun hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan.
“Saya sepatutnya bertemu arwah Kamal pada hari dia terlibat dalam kemalangan tempoh hari…Tapi itulah, semua sudah suratan.
“Jujur saya katakan arwah seorang yang sangat berbakat dan saya gembira apabila mendapat tahu dia dijemput menyertai SMART,” katanya kepada Gempak.
Tambah Chiwan lagi, saat paling gembira buat dirinya apabila arwah Kamal memberitahu bakal menyertai MLM 2019 ketika bercuti bersama di Pulau Tioman.
“Sudah tentu saya gembira kerana walaupun kami tidak bersama Chilok untuk ke MLM, tetapi kami tetap sepentas.
“Achok akan bersama kumpulan R3 yang dianggotai Jaly Sol (bekas peserta Skool of Lawak) dan Lopez R2 (bekas peserta MLM 2011) nanti di pentas Hot Seat.
“Saya beritahu Kamal mengenai perkara tersebut dan meminta dia supaya turut bertanding di Hot Seat, tetapi arwah beritahu dia tidak mahu kerana tidak bersama saya.
“Saya terus memujuk arwah dan selang beberapa hari selepas itu ketika berada di Tioman, Kamal beritahu Am dan Zam mempelawanya menyertai SMART,” katanya.
Dalam pada itu, Chiwan berharap agar kumpulan SMART terus berjuang di pentas Hot Seat bersama semangat Kamal.
“Sesiapa pun yang ganti Kamal, saya yakin SMART akan tetap memberikan yang terbaik esok,” kata Chiwan yang akan tetap merindui arwah sahabatnya itu.
Pentas Hot Seat MLM 2019 menampilkan 12 peserta berentap untuk bersama peserta lain di Fast Lane. 12 peserta tersebut ialah EKZOS, XOXO, WALA, GAM, SPM,ONXON, KPOP, SOPAN, MADUS, SMART, HALUS dan R3.
Jangan lupa untuk menyaksikan HOT SEAT MLM 2019 pada Jumaat (25 Oktober) yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna dan Warna HD yang mana akan menyaksikan 12 peserta lawak berentap untuk meraih kedudukan di pentas utama MLM 2019.
‘MLM 2019 – Hot Seat ini akan dihoskan oleh pengacara sensasi, Nabil Ahmad, dan tiga nama besar dalam industri bakal terlibat untuk mengadili persembahan peserta. Mereka adalah pengarah tersohor, Sabri Yunus, pelakon wanita popular, Fasha Sandha dan produser filem, Mejar (K) David Teo.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hulurkan Bantuan, Man Raja Lawak Sumbang RM50,000 Hadiah Kemenangan MLM 2019

gempak
01/04/2020
03:41 MYT
Hiburan

“Jibob Separa Sedar Dan Akan Dipindahkan Ke Hospital Serdang, Tapi Kalau…” – Che Mat OnxOn

gempak
14/03/2020
07:11 MYT
Maharaja Lawak Mega 2019

“Ambil Iktibar Dan Akan Lebih Berhati-Hati” – RARE Mohon Maaf Isu Sindiran

gempak
07/02/2020
06:17 MYT
Maharaja Lawak Mega 2019

"Buat Apa Nak Malu? Bawalah Watak Sepenuh Hati" - Kerap Dilabel Badut, Man Raja Lawak Tak Kisah

gempak
20/01/2020
10:53 MYT
Maharaja Lawak Mega 2019

MemoriMLM2019: Meleleh Air Liur, Laparnya Bila Tengok Atu Makan KFC Ni

gempak
13/01/2020
07:51 MYT