,
Laman Utama

Tradisi Pokok Raya & Soto Jabru Azharina

Amri Hassan
07/06/2019
01:46 MYT
Penyanyi Azharina punyai cara tersendiri untuk menyambut lebaran setiap tahun.
Kata Azharina, dia tidak memberikan kemewahan untuk anak-anaknya meraikan lebaran dengan cara menyediakan baju raya baru setiap tahun.
"Alhamdulillah kita dah siapkan yang perlu sebelum raya, namun untuk beli baju baru tidak semestinya tunggu hari raya semata-mata. Saya lebihkan bajet saya untuk pendidikan mereka.
"Bagi saya sendiri pula baju raya 2017 dan 2018 masih belum pakai, saya tak nak membazir jadi tahun ini langsung tiada baru raya pun," katanya.
Menjadi kelaziman kata Azharina dia mengadakan rumah terbuka Aidilfitri setiap kali tibanya Syawal di kediamannya di ibukota.
Malah, menariknya rumah terbuka Aidilfitri, segala juadah yang disediakan hasil air tangan penyanyi lagu Elegi Sepi itu sendiri.
"Setiap kali hari raya saya mesti ada pokok hari raya, walaupun pelik. Namun, malang sekali tahun ini saya tidak sempat menyediakan pokok hari raya.
"Cuma saya mesti wajib pasang pelita biarpun seluruh kawasan rumah saya bersimen. Akan diusahakan juga pacak dalam pasu bunga.
"Selain itu, biasanya peminat akan datang beraya di rumah saya dan saya akan menyedikan masakan seperti Soto Jabru (Jawa Brunei) yang menjadi masakan keluarga saya, rendang daging, ketupat, dan halwa disebabkan bapa saya berketurunan Pakistan," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Azharina sini sedang sibuk membuat persiapan menjelang konsert Azharina Queen Of Soul yang akan berlangsung di Royale Theatre Shah Alam pada 29 Jun nanti.
"Saya dan memperdengarkan single terbaharu saya pertama kalinya nanti dan akan ada beberapa kejutan lain lagi," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

gempak
15/10/2024
01:19 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sekali lagi mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.
Hiburan

"Ramai Yang Tak Sedar Kekurangan Diri, Akhirnya ..." - Luqman Podolski

gempak
14/10/2024
18:32 MYT
Tidak sedar dengan kemampuan diri dan menganggap segala-galanya akan beres merupakan antara sifat yang sering membelenggu segelintir daripada ahli masyarakat.
Hiburan

Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!

gempak
13/10/2024
18:29 MYT
Penyanyi terkenal, Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan album solo pertama berjudul ‘Amir Masdi’ tahun lalu habis terjual dengan tiga kali cetakan.
Hiburan

Aisyah Aziz Mengaku Panas Bila Pakai Tudung - “Kadang-Kadang Saya Marah…”

gempak
12/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Aisyah Aziz mendedahkan dia sering menerima kritikan mengenai gaya pemakaian hijabnya.
Hiburan

Menyanyi Sambil Belanja ‘Six Pax’, Rain Buat Peminat di BSMF Tak Keruan

gempak
12/10/2024
11:55 MYT
Apa yang membuatkan penonton tidak senang duduk apabila penyanyi itu mula "belanja" otot badannya ketika menyanyikan lagu La Song.
BorakSeeni