,
Laman Utama

Pereka Fesyen Tempatan Terus Kreatif, Kini Muncul Baju Melayu Berenda Pula!

Amri Hassan
16/05/2019
01:10 MYT
Suasana menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini terus meriah! Pereka fesyen tempatan juga terus kreatif berkarya untuk menghasilkan pelbagai busana indah untuk diperagakan sempena hari raya.
Selepas rekaan baju Melayu ala pakaian renang muslimah, baju Melayu oversized dan baju Melayu Thor, terbaharu muncul pula rekaan baju Melayu berenda!
Ya! Fabrik yang sering menghiasi busana wanita akhirnya diadaptasi untuk pakaian buat si arjuna pula.
Jenama fesyen tempatan Truna by Propaganda telah menghasilkan variasi warna baju Melayu yang dilengkapi perincian renda pada bahagian bawah baju.
Putih, merah, biru, hijau dan merah jambu antara seleksi warna baju Melayu renda milik jenama tersebut.
"Perlukan baju Melayu yang berbeza untuk suami anak anak-anak untuk raya tahun ini? Anda tahu ke mana harus dituju," tulis jenama itu menerusi akaun Instagram.
Bagaimanapun, menurut tinjauan Gempak, belum ada sebarang komen pelayar media sosial berhubung rekaan unik baju Melayu itu.
Apapun, tiada yang mustahil dalam berfesyen dan berkarya namun adakah kreativiti itu menghalalkan identiti dan autentik baju Melayu yang wujud sejak berkurun lamanya itu?
Anda yang tentukan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.