kaharKaplaHighCouncil
Kahar: Kapla High Council Raih RM6.5 Juta, Sharnaaz Ahmad Beri Semangat - “Alhamdulillah, Tahniah Semua Tenaga Pekerja”
Filem Kahar: Kapla High Council mendapat sambutan luar biasa penonton.
Buktinya, Kahar: Kapla High Council kini berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.5 juta.
Sharnaaz ucap tahniah
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi Astro Shaw pada Jumaat.
“Kutipan RM6.5 juta, syukur alhamdulillah terima kasih atas sokongan yang padu warga Kudrat. Jom kita manifesto sekarang,” maklum hantaran tersebut.
Bagaimanapun tidak hanya penonton yang memberikan sokongan terhadap filem itu malah pelakon, Sharnaaz Ahmad juga turut mengucapkan tahniah kepada warga kerja Kahar: Kapla High Council.
“Alhamdulillah, tahniah semua tenaga kerja,” tulisnya di ruangan komen hantaran Instagram Astro Shaw.
Kahar: Kapla High Council Bakal Ada Sambungan? Nantikan 18 Disember Ini
Bagi yang menonton, sudah ada yang tertanya-tanya tentang babak di bahagian ‘end credit’ Kahar: Kapla High Council.
Babak tersebut mengimbas kembali sebuah pusara yang berada di Kudrat dan di batu nesan pula tertera tiga nama pelajar.
Babak itu seolah-olah memberikan bayangan filem tersebut bakal mempunyai sambungannya sama ada prekuel atau sekuel.
Segalanya akan terjawab pada 18 Disember 2024 kerana Astro Shaw akan mengumumkan sesuatu pada tarikh tersebut.
Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar: Kapla High Council pada 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid, dan skrip oleh the creator Anwari Ashraf, serta membariskan pelakon Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson Goh, Husyairi Hussin, dan ramai lagi.
Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Saksikan filem Kahar : Kapla High Council yang kini berada di pawagam termasuklah Singapura.
Must-Watch Video