,
Highlights

Teruskan Jaga Ibu Ayah Yang Sakit, Inilah Masa-Masa TERAKHIR Berbudi, Nanti Dah Pergi, Jangan Nangis Menyesali...

Afiza Kamarulzaman
28/06/2020
08:32 MYT
Tidak ramai daripada kita diberi peluang menjaga ayah dan ibu. Ada yang menjadi yatim piatu sejak kecil, ada yang ibu bapa pergi mengejut tanpa sakit. Maka, tiadalah kesempatan untuk menyemai pahala berlipat ganda menyantuni mereka. Buat anak-anak yang diberi peluang keemasan saat ibu ayah diuji dengan sakit, janganlah mengeluh. Rebutlah masa yang ada untuk berbakti.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a: Bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”
Kredit Foto: Google
Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang lelaki yang datang berjumpa baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai jihad. Baginda menjawab bukan seperti: “Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?”, “Adakah kamu bijak bermain pedang”, “Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?” Sebaliknya baginda bertanya kepada lelaki berkenaan “Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?” Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai ibu di rumah.”
Baginda berkata “Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: “Semestinya dia memerlukan saya.” Baginda menasihatinya: “Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana jika kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah”.
Kredit Foto: Google
Jangan Bergaduh Adik-Beradik Menjaga Ibu Ayah
Banyak berlaku dalam sebuah keluarga yang memiliki adik-beradik yang ramai tidak mampu walau seorang untuk menjaga ibu ayah yang sudah uzur. Ada kala, ia bukan disebabkan tiada kemampuan tapi sikap pentingkan diri dan tidak mahu bertolak-ansur sesama ahli keluarga menjadi duri dalam daging. Malang sekali, disebabkan sikap ego ini, ayah dan ibu menjadi mangsa pertelingkahan anak-anak.
Tiada ketetapan menjaga ibu ayah terletak di bahu anak lelaki atau perempuan. Selama mana, hubungan masih ada, selagi itulah anak-anak wajib menjaga orang tua itu. Jangan diberatkan tentang siapa lebih wajib menjaga mereka, sedangkan kita sama-sama dibesarkan ayah dan ibu. Ambillah jalan kesepakatan dalam memastikan kebajikan ibu ayah tidak terabai. Amalkan sistem giliran itu yang terbaik. Setidak-tidaknya semua dapat rasa pengalaman berharga itu.
Kredit Foto: Google
Rebut ‘Masa Kecemasan’ Yang Bersisa
Saat ayah dan ibu mulai uzur dan mengalami kesakitan, tenaga semakin pudar dan satu demi satu keupayaannya ditarik, sebagai anak bersiap-sedialah. Yakinlah, ini petunjuk awal untuk detik akhir mereka dipinjamkan buatmu. Ya, jangka usia rahsia Allah, namun inilah kelaziman putaran dunia. Sampai masa kemuncak, kita akan dipanggil semula. Jangan ada sikap, ‘alah, masih ada masa’.
Andai, mereka pergi dalam masa terdekat dan pada ketika kamu tidak sempat menyemai bakti, percayalah kamu pasti akan kesalinya sepanjang hayat. Kebiasaannya, ibu ayah yang uzur tidak lama – tidak selama mereka membesarkan anak-anak. Jadi, janganlah berkira tenaga, masa dan wang ringgit. Jangan bina pelbagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain.
Ingat jasa dan pengorbanan mereka. Ingat juga kita ada anak dan kita pasti akan tua. Bagaimana nasib kita apabila sudah terlantar sakit? Andai anak melihat ibu bapanya tidak melakukan yang sepatutnya kepada atuk dan nenek mereka, adakah kamu rasa mereka akan melakukan yang sama juga kepada kamu? Tunjukkanlah teladan yang baik agar nasib kamu terbela saat tenaga sudah ditarik nanti.
Ibu bapa tidak mungkin ada gantinya. Sekali sahaja mereka ditarik kembali, kamu hilang segala doa mustajab mereka, hilang peuang membuat budi paling tinggi pahalanya di sisi Allah. Maka, janganlah merungut apabila ibu bapa minta dibelai, minta ditengokkan sakitnya. Sebaliknya, bersyukurlah kamu antara insan-insan terpilih melaluinya.
Kredit Foto: FB Emy Amiza
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Da’i Syed Tidur Jam 7 Sebab Jaga Anak, Kongsi Pengalaman Tanam Uri - “Jaga Nour Punya Fasal”

gempak
18/08/2024
00:55 MYT
Umum mengetahui isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Rabu.
Berita

Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan

gempak
26/07/2024
05:25 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat dimaklumkan nama kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember lalu telah ditukar kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan.
Berita

Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

gempak
25/07/2024
10:25 MYT
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.