,
Personaliti

Suami Yang Suka Bantu Isteri di Rumah Adalah Suami Yang Tinggi EQ dan Lebih Sihat – Kata Pakar.

Penulis Jemputan
30/01/2021
00:00 MYT
Teks: Nor Hatina Shuib
Tentunya seronok apabila memiliki pasangan yang sama-sama membantu isteri ketika bersilat di dapur menyediakan makanan, membesarkan anak secara bersama serta ringan tulang dalam membantu segala urusan keluarga.
Sebenarnya, isteri yang memiliki suami rajin dan suka membantu urusan rumah tangga melihat ia sebagai satu satu motivasi diri untuk sama-sama membina keharmonian rumah tangga.
Anak pula akan melihat perlakuan si ayah dan pasti akan mengulang perbuatan sama apabila mereka sudah berkahwin kelak atau meniti usia dewasa yang lebih baik.
Ayah bukan saja hero bagi si kecil tetapi adalah role model untuk si anak mencontohi sifat yang dipaparkan ayah.
Hari ini, bukan golongan lelaki saja keluar mencari rezeki kerana wanita yang juga ibu sama-sama mencari rezeki untuk kestabilan ekonomi keluarga.
Justeru, tidak perlulah menggunakan alasan penat bekerja sebagai cara mudah melepaskan bebanan kerja di rumah dan melayan anak untuk isteri saja.
Sama – sama memikul tanggungjawab dan pastinya ia menggamit kepada hubungan lebih rapat dan mesra.

Kredit foto: Google

Bagi isteri jenis memendam rasa, mereka akan terus melalui kehidupan sebagai isteri dan ibu yang memikul segala tanggungjawab di rumah.
Penat dan keluh resah mereka biasanya hanya di pendamkan begitu saja tanpa ada usaha untuk sama-sama membantu.
Kerja-kerja rumah seperti membasuh kain, memasak, mengemas rumah, mencuci tandas, menyapu laman sehingga kepada hal menguruskan keperluan anak adalah tugas hakiki mereka sendirian.
Mereka bimbang jika kepenatan melayan anak sehingga kepada urusan kerja rumah disuarakan kepada suami, mereka mungkin akan dianggap isteri derhaka atau tidak memahami kepenatan suami yang keluar bekerja saban hari terutama suri rumah.
Mahu tidak mahu, isteri jenis ini akan terus berada dalam tekanan kerana lebih rela memilih untuk mendiamkan saja.
Namun, bagi isteri yang ada keyakinan bersuara, hal ini akan disuarakan supaya keletihan menjadi seorang isteri, ibu dan pada masa sama pekerja dapat sama-sama dikongsi bersama suami.
Tidak ada salahnya untuk anda berterus terang. Gunakan pendekatan berhemah dan cari masa sesuai untuk meluahkan keletihan anda kepada suami.
Bagai manapun, di sebalik sikap lelaki yang tidak gemar membantu isteri, masih ramai lelaki di luar sana yang prihatin untuk membantu hal tugasan rumah dan sama-sama memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak.
Ada seorang teman berkata, dia tidak kisah membantu isteri di dapur, mencuci tandas setiap hujung minggu dan menggosok pakaian sekolah anak saban minggu kerana ia satu cara beliau mahu membalas kasih sayang isteri yang selama ini banyak membantu beliau menguruskan rumah tangga.

Kredit foto: Google

Mereka biasanya akan bergilir-gilir melakukan tugasan rumah. Pada masa sama, beliau berkata, ia satu latihan untuk anak-anak mencontohi sifatnya sebagai pemimpin keluarga.
Tahniah bagi wanita yang memiliki lelaki yang ada ‘hati’ dan empati kepada isteri mereka.
Sedarilah wahai lelaki, hanya dengan menyidai pakaian dan menyapu sampah tidak sesekali menjatuhkan ego seorang lelaki.
Malah sikap terpuji ini harus terus dipraktikkan kerana ia mencerminkan seorang lelaki budiman yang menghargai jasa isteri melahirkan anak saat bertarung nyawa memberi zuriat kepada mereka.
Sememangnya wanita adalah individu yang sinonim dengan hal urusan rumah tangga kerana ia kepakaran mereka sejak azali dan turun-temurun sehingga menjadi satu persepsi kepada lelaki tugas urusan rumah, selayaknya wanita yang menjadi nakhoda.
Wanita Lebih Konsisten Lakukan Tugas di Rumah
Sama seperti satu hasil kajian baru yang diterbitkan dalam Jurnal Springer “ Sex Roles” , yang mendapati wanita dari semua lapisan umur melakukan lebih banyak melakukan pekerjaan di rumah berbanding pasangan lelaki mereka, tanpa mengira kerjaya atau pendapatan .
Untuk kajian ini, para penyelidik mengesan lebih dari 900 orang pasangan segenap lapisan usia iaitu daeri remaja hingga dewasa dengan mengumpulkan data melalui kajian soal selidik yang diberikan kepada peserta pada usia 25, 32, dan 43 tahun.
Kata penulis Rebecca Horne, hasil kajian mendapati wanita secara konsisten melakukan lebih banyak kerja rumah berbanding lelaki dalam apa juga situasi.

Kredit foto: Google

Lelaki Rajin Bantu Isteri Lelaki Tinggi EQ
Kajian juga menunjukkan lelaki yang rajin melakukan tugasan rumah dan positif membantu pasangan mempunyai tahap Kecerdasan Emosi Tinggi ( EQ ) , lebih sihat dan mencorakkan kebahagian dalam institusi keluarga.
Kajian dijalankan seorang pakar dari Taiwan, Dr Huang Wei Li, mengatakan lelaki yang rajin melakukan kerja rumah akan memperoleh tiga kebaikan utama buat diri mereka iaitu tahap EQ yang tinggi, tubuh badan yang sihat serta kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.
Manfaat ini dapat dilihat melalui kecekapan mereka dalam menyelesaikan tugas. Apabila mereka pulang dari kerja dan terus membantu dengan kerja rumah, ini bermakna mereka bijak mengurus masa untuk tugas yang berbeza sehingga selesai.
Katanya lagi, lelaki yang rajin mengemas rumah pastinya tahu bagaimana untuk meredakan tekanan dan mengelakkan dari mengendalikan emosi dalam apa juga keadaan.
Mereka juga mempunyai kehidupan yang baik kerana lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama keluarga.
Pada masa sama, Dr Huang juga ada menerangkan bahawa kerja rumah seperti membasuh pakaian, membersihkan lantai, menyediakan hidangan adalah salah satu bentuk senaman dan terapi yang sangat baik untuk dilakukan terutama selepas makan malam.
Banyak betul manfaat diperoleh apabila lelaki idaman wanita ini kerap menjengah ke dapur dan rajin melayan anak. Jom jadi suami prihatin kepada isteri.

Kredit foto: Google

Empat Manfaat Kebahagiaan dan Kesihatan Jika Anda Lelaki Rajin Untuk Isteri dan Anak. 1. Kesihatan Lebih Baik
Tugasan rumah ini bukan sekadar membantu isteri saja tetapi adalah satu senaman secara tidak sengaja. Anda membantu menyidai pakaian, umpama anda melatih pergerakan tangan dan ia salah satu cara melancarkan pengaliran darah.
Tugas menyapu dan membersihkan laman misalnya, memberi peluang anda menambah langkah pergerakan dan berpeluh. Nak jadi sihat? Jom bantu isteri di rumah, tidaklah asyik menonton televisyen semata-mata.
2. Memupuk Keserasian Bersama
Percaya atau tidak, isteri akan tersenyum dan hilang stress jika suami sama –sama turun ke dapur membantu mereka saat anak juga perlukan perhatian.
Walaupun anda hanya masakkan nasi goreng kepada keluarga, ia memupuk rasa terharu isteri dan akhirnya menambah baik sesuatu hubungan.

Kredit foto: Google

3. Hero di Mata Anak
Wah, anak pasti rasa bangga hero mereka bukan saja menyara kehidupan sekeluarga pada masa sama rajin membantu ibu mereka saat berada di rumah.
Lama-lama mereka akan belajar daripada sifat ayah kerana ayah adalah role model kepada anak.
4. Menambah aktiviti kekeluargaan
Apabila si suami turun padang, pastinya menjadi satu aktiviti keluarga setiap minggu. Anak-anak juga akan seronok melihat perhubungan yang dibina menerusi sifat ayah yang budiman ini.
Anda juga boleh merancang tugas dan mendidik anak untuk berdikari terutama anak lelaki supaya apabila besar mereka menjadi lelaki yang prihatin kepada wanita.
Kadangkala, kita boleh melihat lelaki rajin itu dibesarkan oleh seorang ayah yang memiliki sifat itu.
Contohnya, lelaki yang tidak tercalar egonya untuk membasuh pinggan sendiri dan bukan dicampak atau dibiarkan saja penuh dalam sinki atas alasan aku adalah lelaki. Klise kan…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Unitar