,
Highlights

SUAMI ISTERI – Pastikan Setiap Hari Bermaafan, Nak Keluar Rumah Bersalaman. Ajal Maut Kita Tak Tahu...

Afiza Kamarulzaman
28/09/2020
10:25 MYT
Saat kehilangan pasangan yang dicintai adalah saat yang pasti menjadi titik paling sedih dalam kehidupan seseorang. Apatah lagi jika pasangan itu sangat baik menyantuni kita sepanjang usianya. Kita ini pula terasa banyak sekali menyakiti hatinya sehingga di akhir ajalnya pun, masih bersisa kemarahan yang tidak sempat dipadamkan.
Apakah selamanya kita mampu menanggung kekecewaan dan keralatan itu? Hanya kerana melayankan ego yang yag tak pernah tunduk, kita melepaskan orang yang kita sayang dalam keadaan kita tidak sempat memohon dan memberi kemaafan. Tidak sempat menyatakan sayang kita kepadanya. Tidak sempat bersentuhan untuk ke akhir kalinya.
Jadi, peganglah pada kepercayaan ajal maut tidak mengira umur, masa dan kesediaan. Selagi lamanya makhluk Allah, selama itulah kita sentiasa berada pada detik yang akan dipanggil pulang pada bila-bila masa sahaja. Amalkan sikap selalu bermaafan dengan pasangan dan cepat-cepat padamkan api amarah dan dendam.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Memujuk Kemarahan dan Rajuk Kepada Pasangan?
  • Setiap malam sebelum tidur, pastikan bermaafan terlebih dulu. Jangan sesekali tidur dalam keadaan masih bersisa kemarahan dan ketidak puasan hati kepada pasangan. Selesaikan sebelum lena, kita tidak tahu apaka esok masih ada?
  • Sebelum pasangan ke luar dari rumah, pastikan salam dan kucuplah pasangan sambil mendoakan kebaikannya. Kita juga tidak tahu adakah dia akan pulang semula ke rumah itu? Apakah mungkin dia keluar untuk selama-lamanya?
  • Setiap kali marahkan pasangan, luahkan pada dengan cara yang lain agar kemarahan itu dapat dilepaskan. Jangan lepaskan kepada pasangan. Sejukkan hati dengan solat dan zikir.
  • Belajarlah untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu dengan perbincangan dan komunikasi berkesan. Jadilah pasangan yang matang.
  • Walaupun dalam keadaan hati merajuk, pandanglah pasangan dengan pandangan penuh kasih-sayang dan cinta. Hormatinya supaya anak-anak juga melakukan yang sama.
  • Setiap kali mahu menghamburkan kata-kata amarah, ingat kembali detik-detik bahagia kalian. Kenang kembali kebaikan yang dilakukan pasangan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Berita

Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

gempak
16/09/2024
04:25 MYT
Kisah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa memanipulasi penghuni rumah amal mereka ternyata masih memberi kesan mendalam buat seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Datang Nak Bergambar, Sempat ‘Offer’ Mek Yun Jadi Madu - “Nak Jadi Bini Nombor Dua Suami Saya Tak?”

gempak
06/08/2024
08:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang juga pelakon Mek Yun mendedahkan dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada seorang wanita yang secara tiba-tiba datang untuk bergambar dengannya.
Viral

Lelaki Persoal Berbaloikah Wanita Bekerja, Ini Jawapan Padu Peguam Syarie - “Ini Nak Harapkan Bayarkan Telur Mata Sebiji Pun Berkira…”

gempak
03/08/2024
04:55 MYT
Jika dahulu kaum hawa kebanyakannya menjadi seorang suri rumah dan tidak bekerja, namun zaman semakin maju, lebih ramai wanita yang memilih untuk tetap bekerja meskipun sudah bergelar seorang ibu.