,
Hiburan

Siapalah Agaknya Yang Bertuah Dapat Bermalam Di Rumah Mewah Shah Rukh Khan dan Gauri?

Huda Hussain
21/11/2020
14:00 MYT
Ikon Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) dan isterinya, Gauri Khan yang juga merupakan juruhias dalaman terkemuka secara rasminya telah menjadi hos Airbnb dengan menawarkan penginapan sekali seumur hidup di kediaman pasangan ini di Delhi. Bagi meraikan gaya pengenalan Shah Rukh Khan yang suka mendepakan tangannya selama lebih 30 tahun sebagai bintang ternama dalam industri Bollywood, kempen "Home with Open Arms" akan memberi penduduk di India peluang untuk menginap di kediaman mewah keluarga Khan.
Kredit Foto: Airbnb
Terletak di kejiranan Panchsheel Park di Selatan Delhi, kediaman keluarga Khan diberikan sentuhan gaya hiasan dalaman oleh Gauri yang mesra lagi unik. Walaupun pasangan ini menetap di Mumbai, kediaman mereka di Delhi kekal sebagai tempat yang istimewa dan penuh nostalgia kerana di sinilah mereka membesarkan ketiga-tiga cahaya mata mereka dan masih menggunakan rumah ini apabila singgah ke ibu kota. Bagaikan sebuah oasis yang tenang di kota Delhi yang sentiasa sibuk, kediaman keluarga Khan terserlah dengan warna-warna terang dan pencahayaan semula jadi di samping koleksi seni yang mengagumkan. Dinding-dinding kediaman ini dihiasi tekstur mewah, bidai dan langsir yang berwarna-warni dan candelier berkilauan memancarkan sinar yang mempesonakan. Pintu-pintu reka bentuk Perancis yang tinggi dari lantai mencecah siling membuka ruang kepada taman yang luas dihiasi dengan bunga-bungaan berwarna-warni.
Kredit Foto: Airbnb
Namun demikian, elemen reka bentuk yang paling menarik ialah estetika peribadi yang merakamkan begitu banyak kenangan keluarga ini selama bertahun-tahun. Semua sentuhan peribadi tersebutlah yang menjadikan rumah ini sangat mengalu-alukan dan terasa bagaikan di rumah sendiri. Kempen “Home with Open Arms” akan menawarkan tetamu peluang yang jarang-jarang diperoleh untuk menghidupkan semula nostalgia pasangan bintang Bollywood ini. Dilancarkan pada 18 November, penduduk India boleh mencuba nasib untuk memenangi penginapan semalaman yang akan bermula pada 13 Februari 2021.
Apabila memperkatakan tentang kota Delhi dan perkongsian mereka dengan Airbnb, Gauri dan Shah Rukh Khan berkata, “Bandar Delhi mempunyai tempat yang istimewa dalam hati kami dan akan sentiasa menjadi rumah kami. Setiap kunjungan mengimbau kembali kepada kenangan sewaktu kami baru bertapak dan kami begitu teruja dapat bekerjasama dengan Airbnb untuk tampil sebagai hos di kediaman kami di Delhi. Airbnb telah membuatkan kami berasa seperti berada di rumah sendiri sepanjang perjalanan kami di seluruh dunia dan kami teruja untuk membuka pintu kediaman kami sendiri melalui perkongsian eksklusif ini.”
Kredit Foto: IG Shah Rukh Khan
Bagaimanakah caranya menempah peluang sekali seumur hidup ini? Untuk memohon peluang julung-julung kali ini, Airbnb mengundang tetamu untuk berkongsi makna “open arms welcome” kepada mereka selewat-lewatnya pada 30 November 2020. Pemenang akan dipilih oleh jawatankuasa pemilihan termasuk Airbnb dan Gauri Khan dan keputusan akan diumumkan pada 15 Disember 2020.
Pemenang akan menerima: ● Penginapan semalaman pada 13 Februari 2021, di kediaman Gauri dan Shah Rukh Khan di Panchsheel Park, Delhi untuk dua orang ● Kereta mewah untuk digunakan sepanjang penginapan, termasuk pengambilan dan penghantaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi atau lokasi lain di Delhi ● Nota alu-aluan peribadi daripada Gauri Khan ● Makan malam mewah hidangan kegemaran keluarga Khan ● Maraton menonton filem kegemaran Shah Rukh Khan ● Tanda mata peribadi daripada keluarga Khan sebagai cenderamata
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari, www.airbnb.com/d/homewithopenarms
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Bollywood

Salman Khan Cedera, Sahkan Patah Dua Tulang Rusuk

gempak
06/09/2024
11:25 MYT
Aktor Salman Khan mendedahkan dirinya mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem terkini, Sikandar.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Bollywood

Didakwa Palsukan Kehamilan, Deepika Padukone Tayang Perut Memboyot

gempak
03/09/2024
02:55 MYT
Aktres Deepika Padukone sempat menerima kritikan dan didakwa palsukan berita kehamilan dan perut ‘buncit’nya selepas mendedahkan sedang hamil anak pertama bersama Ranveer.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.