,
Highlights

Seronoknya Dapat Masuk RUMAH BARU, Buatlah Perkara Ini Agar ‘Sejuk’ Rumah Nanti – Doa, Kenduri, Raikan Tetamu...

Afiza Kamarulzaman
17/08/2020
10:23 MYT
Melangkah masuk dengan memberi salam, kaki kanan dan bacaan bismillah
  • Dari Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah saw bersabda: “Apabila salah seorang antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumah dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, “Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini.” Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap hari ini.” Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini.” (HR Muslim).
Perbanyakkan bacaan Al-Quran di dalam rumah
  • Tidak kira rumah baru atau sudah diduduki. Rumah yang tenang di dalamnya diimarahkan dengan banyak mengingati Allah. Surah Al-Baqarah adalah pendinding rumah seperti sabda Nabi s.a.w; “Janganlah menjadikan rumah-rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan atau jin akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al Baqarah” (HR. Muslim).
Doa dan Solatlah di dalamnya
  • Ulama menqiaskan supaya berdoa apabila ke tempat atau rumah baru. Ini boleh dilakukan melalui cara solat hajat. Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke Atas keluarganya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Azan di tingkat paling atas
  • Kunjungilah setiap sudut rumah dan kemudian pergilah ke bahagian rumah paling atas, sambil mengadap kiblat laungkanlah azan di situ.
Bertegur sapa dengan jiran tetangga
  • Menjadi satu tuntutan yang baik untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran tetangga. Maka, sebagai orang baru di kawasan itu, tidak salah untuk kita memulakan salam dan perkenalan.
Kenduri, jamu orang makan
  • Walaupun tidak disyaratkan dalam agama untuk mengadakan kenduri atau jamuan makan, namun jika ia satu amalan yang baik untuk meraikan orang dan sebagai salah satu cara bersedekah mengapa tidak ia dilakukan. Kenduri masuk rumah menjadi amalan orang Melayu atau dipanggil sebagai house warming untuk mengeratkan silaturahim.
Raikan tetamu sebagai rahmat ke dalam rumah
  • Walaupun rumah dianggap sebagai kawasan privasi, namun tidak salah sesekali untuk menjemput keluarga atau kenalan ke rumah sebagai tetamu. Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.”
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Viral

Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah

gempak
20/11/2024
08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Viral

Bersilat Di Masjid Nabawi, Sekumpulan Individu Dikecam Netizen - “Jenis Nak Perhatian Ke Ni?"

gempak
25/01/2024
07:25 MYT
Bersilatlah di tempat yang lebih sesuai
Laman Utama

Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”

gempak
04/12/2023
14:55 MYT
Mungkin dia marah-marah manja
Laman Utama

"Ada Surau, 9 Bilik, Swimming Pool, Anak-Anak”- Kak KM Ada Sebab Beli Banglo Harga Lebih 5 Juta

gempak
09/06/2022
00:30 MYT
Alhamdulillah, rezeki Kak KM.
Unitar