,
gaya hidup

Sendiri Malas Nak MELAWA, Jangan Salahkan Suami, Anak, Kerja – Diri Sendirilah Kena Jaga.

Afiza Kamarulzaman
13/02/2021
02:51 MYT
Yang bukan-bukan kadang-kadang kita baca komen-komen orang di media sosial apabila melihat ada orang lain buat transformasi diri menjadi lebih cantik dan sihat. Entah apa yang ada di hatinya sehingga berasa sakit jiwa yang amat sangat. Orang itu cantik bukan susahkan sesiapa.
Kemudian, apabila dikongsikan bagaiamana seseorang itu kurus, banyak pula alasan yang diberi. Ada yang kata “dia ada duit bolehlah”. Ada pula bagi alasan suami tidak bagi elaun. Tidak kurang juga menyalahkan komitmen anak-anak dan kerja membuatkan mereka tidak punya masa untuk membelek diri.
Kenapalah orang kita suka bersikap menyalahkan orang untuk apa saja yang berlaku ke atas dirinya? Diri kita adlaah tanggungjawab kita sendiri. Tak akanlah kita menunggu ada orang datang ketuk pintu dan cakap nak bawa kita ke pusat mencantikkan diri? Atau kita membayangkan akan jatuh wahyu dari langit menjadikan kita cantik serta-merta?
Kredit Foto: Google
Banyak Duit, Ada Masa Bukan Ukuran Untuk Cantik
Lihat di sekelilingmu, berapa ramai wanita yang kaya-raya masih tidak juga cantik-cantik? Lihat juga berapa ramai wanita yang banyak masa terluang, masih sama keadaan dirinya, selekeh dan ‘berlemuih’? Kenapa hanya diambil contoh wanita cantik yang kaya saja? Atau wanita yang tidak punya anak berderet yang sentiasa melaram?
Alasan Si Comot: “Suami tidak pernah berikan saya duit untuk pergi salun atau beli produk.”
Jawapan Si Cantik: “Saya surirumah, suami gaji cukup-cukup makan. Tapi saya gunakan barang-barang di dapur saja sebagai produk, jaga makan dan senaman tak perlukan duit, kak.”
Alasan Si Comot: “Anak berderet-deret, manalah ada masa nak mekap atau jaga muka bagai.”
Jawapan Si Cantik: “Anak saya tiga orang kecil-kecil lagi dan suami tiada. Tapi saya sentiasa curi masa untuk belek diri apabila anak tidur atau ketika saya dalam kereta, saya lekas-lekas mekap.”
Alasan Si Comot: “Saya streslah kerja, tiada masa dan tiada mood nak fikir pasal mencantikkan diri.”
Jawapan Si Cantik: “Saya seorang guru, sambil buat bisnes online. Tugasan harian memang menekan, tapi dengan cantikkan dirilah buat saya hilang stres. Kalau tengok diri buruk lagi stres!”
Alasan Si Comot: “Saya bukan siapa-siapa pun, kerja biasa je, bukan ada siapa nak tengok.”
Jawapan Si Cantik: “Saya kerja cleaner. Tapi, hari-hari saya mekap dan jaga muka. Badan saya pun langsing sebab banyak bergerak, barulah rasa sihat dan ceria untuk diri sendiri.”
Kredit Foto: Google
Jadikan Bercantik-cantik Sebagai Rutin Harian
Sebagai wanita, sayangilah dirimu sendiri. Menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba Nya untuk memelihara segala anugerah Illahi ini agar kekal indah saat pulang ke pangkuan pemilik Nya. Kalau kita memberi sesuatu kepada seseorang, pasti kita mengharapkan orang itu menjaganya dengan baik, bukan?
Lagi pula, kenapa kita harus aniaya diri sendiri dengan membiarkan diri kelihatan buruk, busuk dan tidak terurus? Ia bukan lagi tentang untuk ‘menayang’ atau menunjuk tetapi lebih kepada kepuasan diri sendiri dan tanda harga diri kita.
Jadi, mulai hari ini pupuklah kesedaran dalam diri untuk melihat ke cermin. Apa kekurangan yang ada di dalam dirimu itu? Bukan untuk diubah tetapi untuk ‘upgrade’ dan dipelihara menjadi lebih baik, sihat dan menyenangkan. Cantiklah untuk diri sendiri dan bermula dari dalam.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Mahu Jadi ‘Wanita Original’, Amanda Manopo Tolak Pembedahan Plastik

gempak
17/11/2024
16:55 MYT
Pelakon Amanda Manopo mengaku tidak berminat atau tertarik untuk melakukan pembedahan plastik atas beberapa faktor.
Unitar