,
gaya hidup

Selamat Hari Lelaki Sedunia! Banyak Kemudahan Lelaki Di Dunia. Tetapi Di Sana… Berat Tanggungan Mereka.

Huda Hussain
19/11/2021
07:48 MYT
Telah termaktub dalam kalendar, tanggal 19 November setiap tahun, Hari Lelaki Sedunia diraikan sebagai simbolik penghargaan dan meraikan sang adiwira dalam hidup kita. Ya, peranan dan perlunya mereka dalam hidup kita sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Merekalah ayah, suami, abang, adik, ketua dan paling signifikan adalah lambang kepemimpinan yang acap kali dikaitkan dengan kaum Adam ini. Dalam diri mereka tersemat sifat pelindung, keberanian, kecekalan dan kekuatan dan segalanya yang membawa mereka tampil ke hadapan mendahului juga membimbing kita para Hawa.
Kredit Foto: Google
Jika dilihat secara kasarnya perempuan itu diuji di dunia dengan kewajipan berikut:
  • Memakai tudung
  • Memakai stoking.
  • Tutup aurat dengan sempurna.
  • Mudah difitnah.
  • Taat perintah suami.
  • Menjaga maruah diri, suami.
  • Tidak boleh berlebihan dalam berhias.
Tetapi di Akhirat, janji Allah: Jika sabar dan reda, Insya-Allah syurga menanti.
Kredit Foto: Google
Lelaki diberi kemudahan di dunia :
  • Tak perlu pakai tudung.
  • Tak perlu pakai stoking.
  • Aurat senang di jaga.
  • Tidak risau dengan fitnah.
  • Mudah nak buat apa sahaja.
Tetapi di Akhirat kelak:
  • Tanggung dosa diri sendiri.
  • Dosa isteri.
  • Dosa anak-anak.
  • Dosa tanggungjawab yang tidak dibuat.
  • Dosa tak beri nafkah.
  • Dosa tidak menjaga pandangan.
  • Dosa adik-adik.
  • Dosa sesame manusia.
  • Dosa tak solat.
Kredit Foto: Google
Sabar dan reda sekalipun belum cukup kerana lelaki akan di tanya tentang tanggungjawab mereka sama ada ia ditunaikan atau tidak semasa di dunia.
Sungguhpun begitu, ketahuilah baik lelaki dan perempuan masing-masing ada kelebihan kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui setiap sesuatu dan perinciannya.
Janganlah kita merungut, menyesali dan tidak reda atas apa yang sudah ditentukan oleh-Nya. Perbaiki dan tampung apa yang kurang. Berubah selagi masa dan kudrat berpihak kepada kita. Apa yang kita ada ingatlah, sesungguhnya itulah yang terbaik buat kita yang Allah ciptakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Berita

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

gempak
12/09/2024
14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Viral

Lelaki Selamba Kencing Depan Kedai Mixue

gempak
06/09/2024
07:25 MYT
Perbuatan seorang lelaki di Kupang, wilayah Nusa Tenggara Timur yang selamba membuang air kecil di hadapan sebuah kedai mengundang kecaman orang ramai.