,
Highlights

“Sebaik Mana Pun Kita Dengan MIL, Kalau Ada Masalah Suami Isteri, Dia Tetap BACK UP Anak Lelaki Dia,” – Zila.

Afiza Kamarulzaman
05/04/2020
14:53 MYT
Zila, 33 berkahwin dengan Sulaiman, 36 lima tahun lalu dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata. Zila ialah calon menantu pilihan yang sangat disayangi ibu mertuanya, Zainah. Pada awal perkahwinan semuanya berjalan dengan baik. Hubungan mereka sekeluarga juga sangat harmoni kerana Zila pandai mengambil hati ibu mertua dan ibu mentuanya juga tidak banyak ragam.
Mereka tidaklah tinggal jauh, kira-kira sejam perjalanan saja antara kedua rumah. Jadi, selalu jugalah Zila dan suami menziarahi keluarga suami itu. Zila sangat menyayangi Sulaiman. Semua keperluan suami disediakan sebaik mungkin. Malah, Zila jarang meminta yang bukan-bukan, apa lagi menyusahkan Sulaiman. Walaupun ada beberapa sikap Sulaiman yang Zila tidak berapa berkenan, namun Zila cuba tutup mata.
Kredit Foto: Google
Memendam Rasa Demi Maruah Suami
Selepas tiga, empat tahun bersama, nampaknya sikap Sulaiman tidak juga ada perkembangan yang baik. Sekali dua ditegur adalah dia berubah sekejap, namun kemudian kembali ke sikap asal. Sulaiman tidak matang. Suka menghabiskan masa di luar dari di rumah. Lebih banyak masa melepak dengan kawan-kawan daripada dengan anak bini. Kadang-kadang sampai tak balik rumah kerana tertidur di rumah kawan.
Apabila ditanya katanya tidak larat mahu memandu pada lewat malam selepas tengok bola. Bukan sekali dua, boleh dikatakan seminggu sekali Sulaiman akan buat perangai seperti itu. Pada awal perkahwinan, Zila cuba untuk positif mungkin Sulaiman belum biasa kehidupan suami isteri. Tetapi, jika sampai anak dah dua pun perangainya masih seperti budak-budak, isteri mana mampu berdiam diri sahaja.
Cuba Mengadu Kepada Mentua
Disebabkan Zila mempunyai hubungan yang baik dengan ibu mentuanya, Zila cuba untuk meluahkan perasaan. Pada kali pertama, Zila mengadu, ibu mentuanya nampaknya mendengar dengan baik. Namun, kata ibu mentua Zila, Zila perlu bijak menangani perangai anak lelaki kesayangannya itu. Memang sikap Sulaiman dari bujang begitu. Suka habiskan masa dengan kawan-kawan, jadi Zila tidak boleh mengharapkan perubahan yang drastik.
Memegang kata-kata itu, Zila bersabar dan memberi peluang kepada Sulaiman untuk berubah dengan sendiri. Namun, makin lama makin galak sehinggakan anak-anak pun jarang hendak diambil tahunya. Kalau kebetulan anak demam, dan dia ada temu janji dengan kawan, dia lebih sanggup pilih untuk bersama kawan daripada menemani anak yang sedang demam. Apabila berlaku pergaduhan, Sulaiman bertindak tidak pulang rumah.
Kredit Foto: Google
Suami Pula Melobi Ibunya
Rupa-rupanya, Sulaiman akan lari balik ke rumah ibunya. Pernah sekali, ibu mentuanya menelefon Zila dan marah-marah kenapa Zila menghalau anaknya dari rumah? Pertama kali, Zila mendengarkan suara ibu mentuanya setinggi itu. Sulaiman menuduh Zila isteri yang derhaka. Suka mengongkong dan mengarah itu ini. Zila cuba membetulkan keadaan, namun seperti diduga ibu mentuanya langsung tidak percaya.
“Aku tahulah anak aku macam mana? Sebelum kau kahwin dengan dia, aku yang besarkan dia. Luar dalam dia aku tahu. Kau jangan ingat kau boleh arah dia itu ini. Aku pun tak pernah paksa-paksa anak aku. Kau jangan nak jadi queen control. Bertimbang-rasalah dengan suami! Tak cukupke makan pakai kau dia tanggung? Tak akanlah hal kawan-kawan dia pun kau nak control? Kau nak dia jadi hamba kau ke kat rumah?”
Masih terngiang-ngiang bebelan ibu mentuanya itu mempertahankan anak lelaki kesayangannya itu. Zila hilang kata-kata, hanya air mata laju turun membasahi pipi. Zila tidak mahu mengadu kepada mak dan ayahnya kerana tidak mahu mereka campur tangan dan masih mahu menjaga aib suaminya. Dan, sejak itu jugalah hubungannya dengan ibu mentua menjadi dingin.
Duhai Ibu Mentua, Sampai Bila-Bila Kamu Tak Kan Tahu Rahsia Anak Lelakimu...
Hati Zila memang mahu sahaja memfailkan penceraian. Namun, beberapa orang kawan menasihatinya untuk bersabar kerana katanya perlakuan Sulaiman tidaklah seteruk mana. Ya, sama seperti yang asyik diulang cakap ibu mentuanya. “Hey, kau patut bersyukur sekurang-kurangnya laki kau tu bukannya ada betina lain, bukannya kaki mabuk, pukul kau ke? Setakat dia suka keluar itu pun kau nak bising!”
Dan, Zila telan semuanya. Anggap sahajalah duri yang masuk ke tekak itu umpama madu yang mengalir manis sahaja. Zila tidak lagi mengadu apa-apa dengan ibu mentuanya. Malah, mereka juga sudah tidak bertemu muka. Bukan Zila mahu menjadi ‘menantu hantu’ tetapi biarlah keadaan reda dengan sendirinya. Zila tidak sanggup berdepan dengan wajah mencuka ibu mentuanya itu. Dan, tidak sanggup juga mendengar sindirian berbisa.
Cuma, kata Zila, “buat semua ibu mentua di luar sana, didiklah anak lelaki tentang tanggungjawab sebagai suami selama mereka berada di bawah asuhanmu. Jangan hanya dididik untuk menjadi lelaki yang bekerja hebat dan bergaji besar. Kasihanilah menantumu seperti kamu mengasihani anak perempuanmu kerana merekalah yang menyambung tugasan memelihara anakmu – waris syurgamu paling atas.”
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Berita

Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

gempak
16/09/2024
04:25 MYT
Kisah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa memanipulasi penghuni rumah amal mereka ternyata masih memberi kesan mendalam buat seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan.
Hiburan

Netizen Gelar Aslam Kurang Ajar, Dakwa Tak Maklum Pada Abby Abadi Berita Kematian Anak – “Tak Matured Langsung”

gempak
25/08/2024
06:55 MYT
Pelakon Abby Abadi mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi hantaran terkini di media sosial, baru-baru ini.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Datang Nak Bergambar, Sempat ‘Offer’ Mek Yun Jadi Madu - “Nak Jadi Bini Nombor Dua Suami Saya Tak?”

gempak
06/08/2024
08:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang juga pelakon Mek Yun mendedahkan dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada seorang wanita yang secara tiba-tiba datang untuk bergambar dengannya.