,
gaya hidup

Sebagai Isteri Bukan Perlu Jadi BODOH, Tapi Raikan Kepimpinan Suami Agar Dia Tak Culas Tanggungjawab

Afiza Kamarulzaman
11/06/2021
14:16 MYT
Saya tidak mahu menyentuh isu pendapat pakar, siapa pun mereka, kita perlu hormati. Sebagai pendengar, kita diberi akal fikiran untuk menimbangtara yang mana boleh diikut, mana yang perlu ditapis.
Untuk kekal hidup bahagia dan harmoni dalam rumahtangga perlu ada keseimbangan. Perempuan lawannya lelaki. Positif lawannya negatif. Air lawannya api. Perlu ada sedikit kontra dalam hidup berpasangan.
Begitulah halnya apabila seorang suami ditakdirkan bertemu jodoh dengan isteri yang berkelulusan tinggi, berkerjaya hebat, berdikari, bijak dan tangkas membuat keputusan hidup. Inlilah hakikat yang dimiliki kebanyakan wanita hari ini.
Ada kajian menunjukkan juga kebanyakan wanita hari ini lambat mendapat jodoh kerana kesibukan mereka mengejar komitmen seperti kerjaya dan gaya hidup, membuatkan mereka tidak mengharapkan lelaki untuk menyempurnakan kehidupan mereka (tapi bukan semua, hanya segelintir).
Kredit Foto: Google
Wanita Memadai Melengkapkan Kekurangan Lelaki
Wanita tidak perlu menjadi sama tarafnya dengan lelaki kerana Allah telah melahirkan seorang perempuan itu dengan sebaik-baik hak dan kelebihannya. Sebagai perempuan kita perlu menjadi ‘bijak pandai’ dengan menjaga kehormatan diri dan tidak mudah dieksploitasi oleh golongan lelaki hatta suami sendiri.
Yang menjadi kebimbangan pada masa ini ialah apabila lelaki mula hilang sikap tanggungjawab apabila memiliki isteri yang terlalu berdikari dan ‘tunjuk pandai’. Tunjuk pandai di sini bukan bermaksud memiliki ijazah atau berpelajaran tinggi bekerja hebat, tak salah itu semua, teruslah mengejar cita-cita setinggi langit pun, silakan. Tetapi maksud tersiratnya di sini, apabila semua tanggungjawab suami mahu dipikul isteri dek kerana mahu menunjuk ‘power’.
Inilah antara dorongan seorang suami akan mula bersikap lepas tangan dalam tidak sedar dan kemudian isteri menerajui kepimpinan keluarga. Lama-lama, isteri mula rasa dipergunakan dan menganggap suami tidak lagi berguna. Akhirnya, penceraian yang sangat dimurkai Allah itu juga menjadi penyelesaian.
Maka, berpada-padalah menjadi ‘wanita kental’ dalam rumahtangga jika suami bukan tergolong dalam ‘suami mithali’ yang cepat lupa diri. Melainkan memang kamu tiada pilihan. Jika masih ada ruang untuk bermanja, biarlah suami jalankan tanggungjawabnya. Cukuplah isteri membantu menampal lompong yang tidak mampu dilakukan suami.
Allah Berfirman: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian daripada harta mereka.
Sebab itu maka perempuan yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka (tidak memudaratkan). Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar," (An-Nisa: 34).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

gempak
18/09/2024
11:55 MYT
Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.
Berita

Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."

gempak
16/09/2024
04:25 MYT
Kisah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang didakwa memanipulasi penghuni rumah amal mereka ternyata masih memberi kesan mendalam buat seorang bekas pengikut kumpulan berkenaan.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Datang Nak Bergambar, Sempat ‘Offer’ Mek Yun Jadi Madu - “Nak Jadi Bini Nombor Dua Suami Saya Tak?”

gempak
06/08/2024
08:55 MYT
Pempengaruh media sosial yang juga pelakon Mek Yun mendedahkan dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua kepada seorang wanita yang secara tiba-tiba datang untuk bergambar dengannya.
Viral

Lelaki Persoal Berbaloikah Wanita Bekerja, Ini Jawapan Padu Peguam Syarie - “Ini Nak Harapkan Bayarkan Telur Mata Sebiji Pun Berkira…”

gempak
03/08/2024
04:55 MYT
Jika dahulu kaum hawa kebanyakannya menjadi seorang suri rumah dan tidak bekerja, namun zaman semakin maju, lebih ramai wanita yang memilih untuk tetap bekerja meskipun sudah bergelar seorang ibu.