,
gaya hidup

Rasa Nostalgia Ramadan – Diva AA Dan ‘Reunion’ Senario, Memang Meriah Dan Kecoh Dibuatnya!

Huda Hussain
12/05/2021
04:30 MYT
Bagaikan mengimbau kembali zaman kegemilangan sekitar pertengahan dan lewat 90-an apabila Azwan Ali atau dikenali dengan Diva AA digandingkan bersama kumpulan pelawak popular, Senario. Dah macam throwback pula teringatkan zaman penulis membesar menonton jenaka ahli kumpulan ini yang terdiri daripada Azlee, Saiful Apek, Pak Ya, Hamdan, Wahid dan Yassin Yahya.
Kredit Foto: Astro Prima
Mungkin tiada skrip yang diberi melainkan guideline sahaja mengenai situasi atau suasana yang ingin dipertontonkan. Selebihnya, aksi selamba dan jenaka spontan yang sememangnya menjadi ‘makanan’ kumpulan pelawak menyatu dengan laharnya mulut Diva AA melontarkan kata-kata. Pastinya penonton terhibur menonton episod akhir Rasa Nostalgia Ramadan malam ini.
Kredit Foto: Astro Prima
Gotong-Royong Masak Rendang Ayam Mulanya disangka Diva AA hanya keseorangan memasak di dapur. Meratap sedih dek kerana tiada siapa yang mahu beraya dengannya. Tetapi kemunculan Amir yang tampil mengenakan imej lengkap berselendang di leher, monopod seperti Diva AA mencuit hati penonton untuk terus setia menunggu apakah adegan seterusnya. Ditambah pula dengan celoteh Azlee dan Saiful Apek yang menjual lemang menggamatkan lagi suasana.
Kredit Foto: Astro Prima
Kemudian, hadir pula Yassin memegang watak sebagai penjual ayam selain Wahid sebagai Tok Siak, serta Pak Ya selaku Ketua Kampung dan Hamdan sebagai wakil rakyat. Memang kecoh semuanya. Nak masak rendang ayam saja tetapi hingar-bingar sana sini bikin penonton berasa dekat dan boleh ‘relate’ tatkala menyiapkan juadah hari raya yang sering kita lakukan didapur bersama ahli keluarga. Seperti dijangka, Diva AA lah yang bertindak sebagai ketua yang mengepelai agenda memasak ini. Disuruhnya semua orang membantu, masukkan itu dan ini. Maklum sajalah, diva kan? Hahaha… Sambil berjenaka, penonton turut dihiburkan dengan nyanyian daripada kumpulan Senario antaranya lagu Cari Tapak dan Seminggu Berhari Raya.
Kredit Foto: Astro Prima
Pengat Durian Jika rendang ayam dijadikan sajian utama, untuk menu pemanis mulut pula Diva AA memilih pengat durian untuk dimakan beramai-ramai. Mudah saja cara penyediaannya. Menggunakan ramuan tradisi seperti santan, gula merah, gula melaka, durian dan daun pandan sebagai penambah aroma.
Kredit Foto: Astro Prima
Saksikan lebih banyak gelagat yang pastinya menghiburkan penonton dalam episod akhir Rasa Nostalgia Ramadan untuk musim ini jam 7 malam di Astro Prima.
Kredit Foto: Astro Prima
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Berita

PM Hulur Sumbangan Kepada Azlee Senario

gempak
12/06/2024
01:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Azlee Jaafar yang mengalami serangan jantung sebelum ini.
Hiburan

Azlee Senario Dilaporkan Sudah Stabil

gempak
06/06/2024
09:33 MYT
Pelawak dan pelakon Azlee Senario dilaporkan sudah stabil setelah menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).
Hiburan

Diva AA Menari, Penganjur Fiesta Raya Mohon Maaf - “Perkara Itu Di Luar Jangka”

gempak
31/03/2024
16:33 MYT
Penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 tampil memohon maaf secara terbuka
Hiburan

“Saya Masih Belum Boleh Berhenti Menangis” - Azlee Akui Terkesan Dengan Kehilangan Hamdan

gempak
05/01/2024
06:59 MYT
Anggota Senario, Azlee Jaafar mengakui berasa kehilangan ke atas pemergiaan sahabatnya, Hamdan Ramli tengah hari tadi