,
gaya hidup

Ramai Anak Lelaki Memang PENAT Tapi Kalau Dididik Sebaiknya, Merekalah ASET Terbesar Kita...

Afiza Kamarulzaman
24/05/2021
13:59 MYT
Ada yang mungkin sedih jika tidak memiliki langsung anak perempuan apabila sudah berderet mempunyai anak lelaki. Kata mereka, tak berseri rumah tidak punya sekuntum bunga di antara kumbang-kumbang mereka itu.
Usahlah bersedih ya ibu dan ayah. Anak-anak ini anugerah Allah. Tidak kira apa pun jantinanya, haruslah disyukuri dan menjadi tanggungjawab kita untuk membesar dan mendidik mereka dengan sebaiknya.
Anak perempuan atau lelaki jika gagal dibentuk dengan acuan yang sempurna, besarnya nanti pasti menghampakan juga. Maka, usah dikisahkan sangat tentang jantinanya. Sebaliknya, fikirkan cara terbaik untuk mendidik mereka agar menjadi umat berguna dan berakhlak mulia.
Cara Didikan Anak Lelaki Yang Dianjurkan
  • Seawal usia lagi anak itu harus diterapkan dengan didikan agama yang seperincinya. Ibadah dan amalan sunnah haruslah dibeli penekanan agar mereka tidak leka dengan dunia semata, seimbangkan didikan dunia dan akhirat.
  • Jaga makan dan minum yang masuk ke perut anak-anak sejak kecil lagi. Pastikan daripada sumber yang halal dan berkhasiat untuk membentu tumbesaran fizikal, mental dan rohani yang baik.
  • Bina akhlak yang baik dalam diri anak-anak menerusi teladan yang baik. Teladan yang baik itu harus dimulakan daripada bapa mereka sendiri.
  • Bapa pastikan melayan isteri dengan baik agar anak-anak lelaki juga akan menghormati wanita-wanita yang mereka temui di luar sana. Didik mereka untuk meletakkan penghormatan wanita di tahap tinggi.
  • Jangan ada budaya anak lelaki tidak perlu buat kerja rumah. Ajari anak-anak untuk bertanggungjawab dalam pengurusan di rumah juga seperti mencuci pinggan selepas makan dan mengemas bilik sendiri.
  • Terapkan sifat kepimpinan dalam diri anak lelaki agar mereka tebal dengan rasa bertanggungjawab dan berani memikul amanah.
  • Tidak mengapa jika anak lelaki terlihat lebih lasak, aktif dan ‘kasar’. Ia bukan tanda anak itu degil atau ‘spoil’. Dedahkan mereka dengan aktiviti yang mencabar untuk mengasah mindanya menjadi lebih kental dan berdikari.
  • Asuh anak-anak untuk tidak menjadi ego dengan sentiasa menzahirkan rasa kasih-sayang dan lafaz maaf jika melakukan kesilapan. Jadikan ia rutin biasa untuk menyatakan sayang dan memohon maaf.
  • Lembutkan hati anak-anak dengan banyak membasahkan bibir berzikir dan selawat. Ajak anak-anak untuk selalu solat berjemaah, bertadarus, mendengar tazkirah dan berdoa bersama-sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Netizen Dakwa Jantina Anak Boleh Berubah, Intan Najuwa Dah Buat Ujian Darah & NIPT - “Let’s Not Kill The Joy, Okay?”

gempak
21/08/2024
08:25 MYT
Selepas berkongsi video momen ‘gender reveal’, pelakon Intan Najuwa menerima komen netizen yang meluahkan pendapatnya mengatakan jantina bayi boleh berubah walaupun sudah boleh dijangkakan dari awal.
Hiburan

Da’i Syed Tidur Jam 7 Sebab Jaga Anak, Kongsi Pengalaman Tanam Uri - “Jaga Nour Punya Fasal”

gempak
18/08/2024
00:55 MYT
Umum mengetahui isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Rabu.
Berita

Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan

gempak
26/07/2024
05:25 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat dimaklumkan nama kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember lalu telah ditukar kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan.