,
Highlights

Puan Sri Normala Samsudin Kongsi Rahsia AWET MUDA – Yoga Muka, Makan ULAM, Selawat Dan...

Afiza Kamarulzaman
17/02/2020
14:16 MYT
Senyuman sentiasa terukir di wajah bekas penyampai televisyen ini membuatkan sesiapa sahaja senang sekali mendekatinya. Beliau yang kini menetap di Perlis menemani suami yang berasal dari negeri utara itu, sesekali turun ke ibu kota untuk menguruskan beberapa hal peribadi dan ada kala menzirahi teman-teman lama.
Rutin hariannya kini banyak dihabiskan dengan aktiviti keagamaan, bersama keluarga, bercuti ke luar negara dan mendampingi alam yang menjadi kegemarannya sejak dulu. Tidak hairanlah Puan Sri masih kekal bertenaga seperti zaman anak dara lantaran gaya hidupnya yang sihat dan tidak pernah duduk diam sahaja.
InTrend sempat menghubunginya baru-baru ini bertanyakan perihal rutin hariannya yang memberi kesan kepada kecantikannya hingga ke hari ini. Berikut catatan ringkas yang dikongsi beliau:
  1. Solat jangan tinggal walau di mana jua kita berada dan dalam apa jua keadaan. Solat itu hukumnya wajib dan menjadi tiang agama. Hikmahnya juga, air wuduk yang kita ambil itu menjadi penyeri wajah. Selalulah berwuduk.
  1. Latih minda untuk berikir yang baik-baik dan buat perkara baik-baik juga. Positifkan diri dan jangan berdengki dengan orang lain yang lebih hebat daripada kita.
  1. Bersyukur selalu kepada Allah swt atas setiap kurniaannNya.
  1. Makanan itu memang rezeki buat kita nikmatinya dengan penuh kesyukuran. Namun, jaga juga makan dan minum itu jangan sampai terlalu kekenyangan. Amalkan berpuasa seminggu sekali atau sebulan sekali. Ia sangat bagus untuk memberi ruang pada perut kita untuk berehat seketika.
  1. Banyakkan makan ulam-ulaman. Inilah amalan orang dulu-dulu yang sangat bagus untuk dalaman dan luaran kita.
  1. Penjagan kulit wajah menerusi produk bersesuaian juga membantu memperlahankan penuaan. Item penjagaan muka paling penting ialah pelembab wajah. Jangan sesekali ditinggalkan.
  1. Sesibuk mana pun rutin harianmu, pastikan kamu mendapat waktu tidur yang cukup.
  1. Saya banyak melakukan aktivti hiking, swimming, yoga muka dan yoga badan. Latih badan untuk bergerak aktif walau pada usia semakin meningkat.
  1. Untuk makanan rohani, amalkanlah selawat sekerap mungkin.
  1. Saya memang sukakan solekan yang tipis sahaja. Serlahkan keserian wajah aslimu kerana ia lebih menawan dan indah.

Admiring the lizard. #aslannme

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rupanya Macam Ni Petua Nak Hilangkan Bau Badan…

gempak
29/12/2023
07:55 MYT
Wow! Boleh cuba ni
Laman Utama

Noya Tidur Berdengkur? Cuba Bancuh & Minum Air Dengan Dua Bahan Ini!

gempak
06/10/2023
13:55 MYT
Siapa selalu tidur berdengkur?
Laman Utama

Pekin Ibrahim Terima Petua Pelik Untuk Dapatkan Zuriat - “Bila Bersama Kena Buka…”

gempak
07/09/2023
00:52 MYT
Macam-macam petua la ya...
Laman Utama

Rawat Migrain & Sakit Leher Salah Bantal Guna Ais! Ini Cara-Caranya

gempak
05/09/2023
07:55 MYT
Migrain pun boleh dirawat dengan ais.
Laman Utama

Ira Kazar Ajar Masak Sambal Sotong Sedap Tambat Hati Suami! - "Nak Lagi Ngam Tambah Petai"

gempak
30/08/2023
01:55 MYT
Resepi sambal sotong cara Ira Kazar.