,
Highlights

PKP – Waktu Tidur Anak Terganggu? Ini Sebab Mengapa Ibu Bapa Perlu Atur Semula Waktu Tidur Anak.

Huda Hussain
17/05/2020
15:51 MYT
Mendapatkan waktu tidur yang berkualiti bukan sahaja penting untuk kesihatan fizikal dan dalaman sahaja bahkan ia turut meliputi semua golongan usia. Hal ini kerana pentingnya waktu tidur yang mencukupi mempengaruhi emosi, imunisasi dalam badan, tumbesaran kanak-kanak dan lain-lain lagi. Tidak dinafikan sepanjang tempoh PKP ini ada ibu bapa yang mengeluh anak-anak tidur lewat daripada kebiasaannya. Dan apabila tidur lewat, maka lewatlah juga ketika anak bangun pada waktu pagi. Atau mungkin ada yang membiarkan anak bangun hingga tengah hari.
Kredit Foto: Google
Dan tahukah anda, ini hanya akan merencatkan proses perkembangan otak dan tumbesaran yang normal bagi anak-anak? Sama ada bayi seawal usia empat bulan hinggalah anak yang berusia 12 tahun, waktu tidur memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan minda mereka. Malah penting bagi ibu bapa untuk tetapkan waktu tidur yang tertentu dan ia perlu diikuti tidak kira apa jua sebab atau alasan sekalipun.
Mungkin ketika waktu cuti atau sepanjang tempoh PKP ini terdapat segelintir ibu bapa yang menganggap ia sebagai tempoh kelonggaran bagi anak-anak tidur lewat. Maklum sajalah, tak perlu bangun awal pagi bersiap ke sekolah seperti biasa. Maka rutin dan jadual waktu tidur anak-anak, terus-terusan ‘dilanggar’ saban hari. Hingga ada yang sukar untuk atur semula waktu tidur anak seperti sebelum ini.
Menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari dari Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban; ada bahaya yang tersendiri jika kita sebagai ibu bapa mengabaikan waktu tidur anak-anak. Menurut muat naik statusnya di Facebook:
Mengucap panjang saya bila jumpa mak ayah yang mengeluh anak tak pandai, selalu tak boleh fokus masa belajar. Sampaikan cikgu pun duk mengadu yang pelajaran anak tak ada kemajuan.
Kredit Foto: Google
Padahal budak-budak tu tak dapat fokus sampai kita duk kata dia tak pandai belajar boleh jadi sebab kita terlalai nak jaga waktu tidur dia je. American Academy of Paediatric dah warning lama pasal benda ni.
Anak kita bila tak cukup tidur bukan je bermasalah dari segi nak beri tumpuan dan concentrate masa belajar. Tapi mereka jugak berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesiti, kerap sakit kepala dan depresi! Ni saya kongsikan guideline untuk jumlah waktu tidur kanak-kanak seperti yang American Academy of Sleep Medicine beritahu:
  • Bayi 4 bulan sehingga usia 12 bulan kena dapat waktu tidur 12 - 16 jam termasuk tidur siang.
  • Anak kecil usia 1 hingga 2 tahun kena tidur 11 - 14 jam termasuk tidur siang.
  • Anak berusia 3 hingga 5 tahun kena tidur 10 - 13 jam termasuk tidur siang.
  • Kanak-kanak berusia 6 – 12 tahun kena tidur 9 - 12 jam.
Kredit Foto: Google
Tolong jangan pandang lekeh bab waktu tidur anak ni ye. Kekurangan jam tidur walaupun setakat 30 - 60 minit pun boleh akibatkan kesan besar pada perkembangan anak kita. Pastikan mak ayah semua #share ilmu penting ni dengan pasangan masing-masing ye. Kita bukan je nak anak kita dapat perform lebih baik dalam pelajaran, tapi kita jugak nak elakkan anak kita kerap keluar masuk hospital. Anak yang dapat tidur cukup ni insyaAllah susah nak jatuh sakit sebab tidur yang cukup ni dapat bantu sistem imun pertahanan badan mereka jadi lebih kuat.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Kredit Foto: Facebook Dr Ahmad Luqman Bukhari
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

"Maggi Tu Saya Patah Dua, Satu Makan Breakfast, Satu Lagi Simpan Dinner" - Amir Ahnaf

gempak
15/04/2023
04:54 MYT
Cerita peritnya zaman PKP.
Laman Utama

Jatuh Sakit Sejak PKP, Wan Raja Susut 10kg- "Jika Tersalah Makan..."

gempak
05/04/2023
04:44 MYT
Wan Raja Kini Susut 10kg
Laman Utama

Promosi Perniagaan Pengikut Media Sosial Tanpa Dipinta, Netizen Kenang Kemurahan Hati Adibah Noor - “Arwah Merupakan…”

gempak
20/06/2022
01:50 MYT
Murahnya hati arwah...
Laman Utama

Haqiem Rusli, Isteri Rai 8 Pasangan Pengantin Hasnuri - "Simbolik Angka 8, Mereka Kahwin Ketika PKP"

gempak
18/04/2022
10:43 MYT
Tak lambat lagi nak wish selamat pengantin baru kan?