,
gaya hidup

Peranan Suami Ketika Isteri HAMIL – Jangan Sakiti Hatinya, Hanya Kalau Kamu Tahu Sakitnya Melahirkan

Afiza Kamarulzaman
15/10/2021
02:54 MYT
Seorang wanita yang menjalani proses kehamilan akan mengalami beberapa fasa perubahan dalam dirinya, terutamanya yang berkaitan dengan hormon, emosi dan fizikal. Ada yang membawa impak besar ada yang sekadarnya. Lain ibu, lain pembawakan bayi ke atas dirinya.
Orang paling dekat pastinya si suami yang harus memainkan peranan penting dalam memastikan isteri dapat melalui fasa kehamilan itu dalam keadaan tenang, selesa dan indah sehingga saat melahirkan.
Ketahui apa yang boleh dilakukan suami untuk meringankan beban kehamilan isteri dan ketahuilah pahala untukmu yang membahagiakan isteri dan menghargai pengorbanan isteri yang melahirkan zuriatmu itu.
  • Pantau kesihatan isteri. Saat ini adalah penting dari awal hingga ke saat akhir kehamilan isteri bagi memastikan isteri dan bayi berada dalam keadaan selamat. Temani isteri setiap kali menjalani check up di klinik atau hospital.
  • Ambil tahu dan buatlah sedikit kajian tentang keadaan isteri yang mengandung dan perkembangan bayi dalam kandungan agar kamu punya sedikit pengetahuan untuk menjaga mereka. Di internet saja mempunya pelbagai ilmu yang boleh dicari. Janganlah semua perkara kamu cakap ‘tak tahu’.
  • Sediakan makanan berkhasiat untuk isteri seperti suplemen yang bagus, susu, buah, sayur dan sebagainya. Alangkah seronoknya si isteri apabila setiap pagi suami dapat siapkan segelas jus buah dan malamnya segelas susu sebelum tidur.
  • Banyakkan membaca Quran dan berzikir untuk isteri dan bayi dalam kandungan agar sentiasa dalam peliharaan Allah.
  • Suami juga harus menjaga tutur kata dan tingkah laku sepanjang isteri mengandung. Ada beberapa kes, dek sikap suami yang tidak baik, memberi impak kepada bayi dalam kandungan.
  • Tolong beralah dengan isteri dengan tidak menyakiti hatinya. Ketahuilah, dalam keadaan sekarang kebanyakan isteri berada dalam keadaan hormon yang tidak stabil membuatkan emosinya turun naik. Layanlah elok-elok.
  • Jadilah pendengar setia jika mereka mengadu itu dan ini. Jangan sesekali mengatakan mereka mengada-ngada, lembik dan sebagainya. Bukan selalu mereka berkeadaan begitu.
  • Jika isteri mengidam sesuatu, jika berkemampuan cari dan adakanlah demi memuaskan hatinya. Mengidam ini bukan benda dibuat-buat, ia memang datang dengan sendiri.
  • Jika isteri mengadu sakit-sakit badan, urutlah badannya. Berikan tempat selesa untuk dia berehat.
  • Bantu urus kerja rumah, sebolehnya elakkan isteri melakukan kerja berat. Jika mampu, mengapa tidak disediakan pembantu rumah untuk meringakan beban bersama.
  • Gembirakan hati isteri dengan membuatkan sesuatu yang menyenangkan hatinya seperti bawa bercuti, beli makanan kegemarannya dan beri hadiah sebagai tanda ‘selamat melahirkan’. Jauhi stres kepada ibu mengandung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Dituduh Mandul & Diganggu Semasa Proses IVF, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Keluarkan Bukti - “Aku Bukan Tak Boleh Bagi Waris..”

gempak
02/09/2024
06:55 MYT
Tidak tahan dituduh mandul oleh segelintir pihak, isteri pertama Abang Tesla, Nurmajdina Jamari tampil memuatnaik bahan bukti.