,
Highlights

Penangan VIRAL Video Kembar Kim Joo-ryoung Dapat 4 Juta Tontonan “Sampai Budak Petrol Pam Pun Tegur” – Atty

Afiza Kamarulzaman
06/10/2021
14:38 MYT
“Saya bukanlah pengikut rancangan Squid Game tu pun. Tapi bila ramai kawan-kawan ofis ni cakap muka saya sama dengan watak Han Min-nyeon dalam drama tersebut, saya pun stalked Instagram dia untuk lihat wajah sebenar Kim Joo-ryoung,” ujarnya mesra.
Apabila ditengok berkali-kali, barulah wanita yang mesra dipanggil Atty ini mengakui ya mereka ada iras-iras. Ditanya kepada suami pun, memberikan jawapan yang sama. Cuma versi dia berhijab!
“Kalau tengok dalam drama tu mungkin tak perasan sangat tapi bila tengok di IGnya, adalah nampak kesamaan tu dalam beberapa angle. Mungkin cara dia senyum tu yang buat nampak hampir sama.”
Ditanya bagaimana tercetus idea membuat parodi untuk video tersebut? Kata, Atty semua dilakukan secara suka-suka saja, tidak pula terlintas untuk memviralkannya. Melayankan minat budak-budak di pejabatnya yang gila Korea.
“Gigihnya mereka sampai pergi ke kedai DIY untuk cari sticker bintang tu yang mirip cookie tersebut. Sebenarnya banyak aksi-kasi yang mereka suruh saya buat, ahh tapi malas nak layan! Saya kata, saya nak buat yang senang je. Hahaha..” tambahnya lagi.
Video itu dimuatnaik di TikTok sebelum mereka pergi lunch. Sebaik selesai makan tengah hari, rakannya Amien memberitahu video tu sudah mendapat enam ribu tontonan dan tak sampai sejam mencecah lapan ribu tontonan.
“Malam itu jam 12 malam, bos pula beritahu, ‘Tahniah Atty, video you dah dapt satu juta views’. Ya Allah, perasaan waktu tu macam tak sangka. Sampai macam tu sekali kuasa viral ya,” luahnya lagi.
Kemuncaknya apabila pelakon itu sendiri, Kim Joo-ryoung ‘repost’ video tersebut di IG Story miliknya. Dan, seperti dijangka, video itu terus bertebaran dengan klimaks tontonan sebanyak empat juta setakat ini!
“Saya rasa ia ‘meletop’ sebab kena dengan timing. Orang tak boleh ‘move on’ dengan cerita itu. Apa pun, semoga terhiburlah semuanya. Hahaha. Tapi bila dah viral ni penatlah, tak berhenti orang datang nak interview,” ceritanya sambil ketawa panjang.
“Dan, yang lagi kelakar, saya pergi isi minyak di Petronas tempoh hari, ada adik ni siap tegur saya. ‘Akaklah yang viral tu kan? Akak dah kantoi!’ Laaa, sedangkan saya pakai mask waktu tu, dia boleh perasan. Macam tulah dia punya penangan...” akhiri Atty yang berharap video tersebut cukup dijadikan hiburan mengisi masa lapang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Tindakan Tembak Mati Anjing Liar Adalah Tidak Berperikemanusiaan" - Nashriq Ismail Sabri

gempak
18/10/2024
20:20 MYT
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bera, Nashriq Ismail Sabri, membantah sekeras-kerasnya operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar, termasuk 'Kopi' dipercayai ditembak.
Hiburan

The Fiery Priest 2 Bakal Tayang Tak Lama Lagi, Ramai Dah Amik Mula Mood - “Confirm Rating Tinggi Nanti”

gempak
18/10/2024
18:55 MYT
Drama Korea yang paling dinantikan, The Fiery Priest musim kedua bakal ditayangkan November depan.
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

gempak
17/10/2024
18:53 MYT
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
BorakSeeni