,
Highlights

Orang Post Pasal Anak, Awak Menyampah. Post Bercuti, Awak Dengki. Post Makan, Awak Meluat. Awak Suka Apa?

Afiza Kamarulzaman
30/11/2020
13:06 MYT
Bertahun-tahun media sosial dicipta, rasanya sudah ramai yang tahu apa fungsi dan tanggungjawab media sosial sebenarnya? Ia adalah medium menghubungkan manusia secara maya. Tidak ‘real’ tetapi mampu menghubungkan banyak perkara dan merencahkan pelbagai cerita dan berita. Kalau dulu, ramai yang beranggapan negatif terhadap fungsi media sosial.
Ada yang menganggap ia satu platform ‘sampah’ dan tidak memberi faedah. Lama-kelamaan, stigma itu semakin berubah. Menerusi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter misalnya bukan saja mampu menghubungkan manusia, malah membantu menjana pendapatan dan mengembangkan ilmu.
Kredit Foto: Google
Dah Nama Pun Media Sosial
Dan, ia seharusnya dijadikan sebuah medium untuk bersosial antara satu sama lain. Kalau semua pakat senyap tidak ‘update’ apa-apa perkembangan, ia tidaklah boleh dipanggil sebagai media untuk bersosial. Seharusnya ia dijadikan ‘padang jarak padang terkukur’. Sepi dan tidak berpenghuni.
Ada yang kata, “Saya di media sosial scroll je. Tak suka nak post apa-apa..” Sayangku, kalaulah semua bersikap sedemikian, agaknya apakah yang ingin kamu scroll? Pusing-pusing tiada apa yang keluar? Tiada isi atau cerita di dalamnya. Maka, jika ada kawan-kawan di situ yang rajin berkongsi itu dan ini, sepatutnya kamu berterima kasih.
Setidak-tidaknya dia berjaya memeriahkan media sosial itu, termasuk memberi warna dalam kehidupan kamu yang serba bosan itu. Kenapa saya kata kehidupan kamu bosan? Kerana kamu sendiri tidak tahu apa yang kamu mahu di media sosial. Apatah lagi jika di dunia nyata, mampukah kamu bersosial dengan positif?
Kredit Foto: Google
Berlapang Dada, Bersangka Baik, Bersihkan Hati
Andainya terlihat kawan-kawan yang berkongsi perihal anak, janganlah rasa meluat. Kalau terpandang kawan-kawan yang bercerita kepenatan seharian, jangan dipandang sinis. Jika ada kawan-kawan yang menayang gambar masakannya, jangan menyampah. Sekiranya, ada kawan-kawan yang berkongsi tazkirah atau barang jualannya, janganlah jelik.
Kita tidak tahu niat dan pemikiran seseorang itu ketika berkongsi sesuatu itu. Mungkin niatnya mahu berkongsi kegembiraan, sedangkan di hati kamu pula berasakan dia mahu menunjuk. Kalaulah kamu sentiasa ada tanggapan itu dan ini pada setiap post yang dimuat naik, cuba periksa semula hatimu.
Ia tanda-tanda wujudnya sifat dengki, curiga dan penyakit hati yang boleh membawa mudarat. Tidak hanya di media sosial, malah dalam kehidupan realiti juga. Jika terpandang jiran sebelah bergaya lawa, kamu berasa benci atau melihat kawan sekolah lebih bijak buat kamu sakit hati, nah masanya untuk muhasabah diri.
Cara terbaik adalah dengan membanyakkan istighfar, solat sunat dan sentiasa memohon Tuhan menganugerahkan kamu hati yang sentiasa bersangka baik dan gembira dengan kegembiraan orang lain. Selebihnya, rawat dan latihlah hati sendiri untuk kekal positif dan jauhi sifat negatif. Semoga hidupmu bahagia dan gembira juga menggembirakan orang lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Viral

Padah Nak Meraih Populariti, Lelaki Ini Maut Digigit Ular Tedung Selepas Letak Dalam Mulut

gempak
09/09/2024
13:55 MYT
Mangsa yang dikenali sebagai Shivraj itu dikhabarkan telah cuba memasukkan ular tedung tersebut di dalam mulutnya.
Hiburan

“Saya Ambil Langkah Berjaga-Jaga”- Andi Bernadee Mahu ‘Sorok’ Kehidupan Peribadi, Kini Lebih Matang Buat Keputusan

gempak
28/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Andi Bernadee memutuskan untuk tidak berkongsi hal peribadinya di media sosial disebabkan pengalaman yang pernah dialaminya.
Berita

Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial

gempak
05/08/2024
06:25 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Viral

Penjaja Diugut Sebar Video Tak Senonoh Selepas Video Call Dengan Wanita Dikenali Di Media Sosial

gempak
31/07/2024
04:55 MYT
Seorang penjaja nyaris kerugian RM6,000 selepas diugut seorang wanita yang mahu menyebarkan video tidak senonohnya setelah berkenalan di media sosial pada 25 Julai lepas.