,
Kecantikan

Nur Latifah Cherdiq Hanania – Sedap Nama Baby Johan. OZLYNN Kongsi Tips Berpantang Untuk Kembali Saiz XS

Afiza Kamarulzaman
24/09/2021
00:00 MYT
Ramai terkejut apabila mendapat tahu Ozlynn bersalin kira-kira dua mingu yang lalu. Tak ada angin, tak de ribut, tiba-tiba Ozylnn dan Johan dikurniakan anak ke enam. Pandai betul simpan rahsia.
"Bukan niat nak rahsiakan tapi kami lebih pada nak jaga hati orang. Selalunya kalau saya mengandung dan kongsikan di IG, pasti ada orang DM meluah perasaan, mereka belum dikurniakan anak, ada yang sedih, ada yang tumpang suka tengok keluarga Hanania.
Jadi, untuk kali ini saya dan Johan sepakat untuk tidak mewar-warkannya sehingga bayi selamat dilahirkan. Baik untuk kita belum tentu baik untuk orang lain, kan? Sebagai selebriti ada perkara yang saya perlu simpan sendiri,” jelas Ozlynn.
Menurut Ozlynn juga, kehadiran anak ke enam ini tidak dirancang sama sekali. Bukan menolak rezeki tetapi awalnya mereka sudah rasa selesa dengan keadaan keluarga mereka sekarang ini. Moleiq pun dah besar. Dalam keadaan pandemik pun, rasanya belum sesuai untuk menimang bayi baru.
“Tapi inilah rezeki. Johan pun cakap orang lain punya susah nak dapat anak, sedangkan kami senang-senang Allah beri. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan anugerah ini. Saya pun sebenarnya tak tahu yang saya pregnant sampailah kandungan dah masuk 23 minggu.
Itu pun sebab saya pergi check di klinik sebab period tak datang. Lagi pun masa tu tengah sibuk dengan shooting. Berat badan pun naik sebab memang saya kena naikkan untuk karekter itu. Sekali check, mengandung. Memang rasa macam tak percaya mulanya.”
Dan, untuk pertama kalinya Ozlynn berkongsi nama anaknya dengan InTrend, bayi yang dilahirkan dengan berat 3.3kg itu dinamakan Nur Latifah Cherdiq Hanania.
Gambar Ozlynn seminggu sebelum melahirkan
Pertama Kali Megandung Kena Kencing Manis
Walaupun sudah enam kali melalui pengalaman mengandung dan melahirkan, lain anak, lain pengalamannya. Mungkin kali ini mengandung pada usia sudah lewat 30 an, situasinya lain dirasakan Ozlynn. Berat badannya naik paling ketara berbanding anak dulu-dulu.
“Dulu,anak pertama berat saya naik dari 47 ke 53kg, baby 3.8kg. Anak ke dua dari 48 ke 54kg, baby 4.5kg. Dan anak-anak yang lain pun berat saya tak akan lebih 60kg waktu nak bersalin. Tapi kali ni, berat saya mencecah 66kg dengan berat baby 3.3, baby kami yang ni paling kecil antara semua,” ujar Ozlynn.
Tapi, kandungan kali ini memang tak nampak sangat perut. Hanya selepas kandungan masuk tujuh bulan barulah nampak bentuk perut. “Saya taklah menyorok pun, ada juga main badminton depan rumah sampai jiran-jiran pun jerit takut tengok saya lasak wak tu tu,” ceritanya ketawa kecil.
Kehamilan kali ini juga menjadi pengalaman pertama Ozlynn kena kencing manis, sebelum ini tidak pernah. Namun, bacaan gula tidaklah terlalu tinggi, cuma perlu dipantau. Kata Ozlynn lagi, memang menjadi kebiasaan kalau mengadung anak perempuan, tekaknya lebih suka pada benda-benada manis. Mungkin itulah sebabnya, juga faktor sejarah keluarga.
Kredit Foto: Arkib InTrend
Ozlynn Teruskan Berpantang Cara Dulu-Dulu
Sebaik ditanya rahsianya mengekalkan tubuh yang langsing dengan berat badan hanya sekitar 50kg dengan enam anak, jawab Ozlynn, “jaga makan dan exercise tu sama penting. Ya, jaga makan mungkin boleh menurunkan berat badan tapi untuk bagi badan fit dan firm, kena juga bersenam.”
Ozylnn tak nafikan dia mengamalkan kaedah berpantang cara orang dulu yang ketat, dari zaman anak pertama lagi. Dan, selalunya hanya selepas beberapa minggu berpantang, berat badannya sudah boleh turun dengan banyak.
“Cuma kali ni agak slow sikitlah nak turun. Lepas bersalin, berat saya 61kg, dan sekarang selepas dua minggu dah turun 57kg. Kalau dulu, lagi laju turun. Faktor usia agaknya.”
Ini antara tips dan amalan berpantang Ozlynn:
  • Kita lebih tahu kondisi badan kita. Lain orang, lain badan dan kemampuan untuk turun dan sebagainya. Contoh macam cara makan, ada orang tak boleh makan sesuatu benda tu sebab angin, ada orang okey setakat rasa-rasa. Jadi, kita sendiri kena tahu badan kita macam mana dulu?
  • Waktu berpantanglah, waktu terbaik nak ‘repair’ badan. Kalau tak dijaga, mengembanglah jawabnya. Ada kala, luaran nampak okey tapi dalaman kita tak tahu. Kalau dalaman sihat, insya Allah, luaran pasti okey.
  • Saya mengamalkan pemakaian bengkung lama yang panjangnya 20meter tu. Datanglah semoden mana pun bengkung zaman sekarang, saya tetap pilih yang itu sebab bengkung lama tu dia balut badan kita dengan kemas dan diikat sekuat tenaga kita melilitnya. Ia akan bagi ‘shape’ yang cantik dari atas lutut hingga paras bawah dada. Tak macam korset yang hanya tertumpu pada pinggan akan buat bentuk badan nampak pelik.
  • Saya juga mengamalkan kaedah bertungku. Ia membantu melancarkan aliran darah nifas.
  • Berurut juga saya suka selain bersauna dan bertangas. Memang saya buat semua amalan tradisional itu sepanjang berpantang.
  • Ingat, enam bulan pertama melahirkan adalah proses water retention. Inilah masa terbaik untuk turunkan berat secara pantas.
  • Satu lagi tips penting untuk ibu bersalin, pastikan bagi susu badan dengan kerap sekitar jam 10 malam ke lima pagi. Mengantuk macam mana pun, usahakan untuk susukan bayi selang sejam atau pam susu itu. Waktu inilah bayi menyedut lemak ibunya menerusi susu.
  • Dan, ya memang kita akan kurang tidur ketika dalam pantang, namun usahakan untuk mendapat tidur yang cukup. Pandai-pandailah curi masa ketika bayi sedang nyenyak.
  • Satu ke dua tahun saya tidak akan minum ais. Saya memang lebih suka air biasa saja.
  • Jaga makan. Saya memang potong gula, kalau minum Milo pun tak ditambah gula lagi. Garam pun saya kurangkan, saya masak menggunakan liquid aminos gantikan garam. Organic aloevera menggantikan serbuk perasa. Mula-mula mungkin rasa pelik tapi lama-lama lidah biasa.
  • Banyakkan makan sayur. Tapi, jangan pula salah anggap yang nasi atau roti tu tak boleh ambil. Sebenarnya makan nasi lebih elok sebab mengenyangkan cuma jaga portion. Ibu berpantang perlu makan untuk bagi khasiat kepada bayi.
  • Saya juga pernah melalui proses beranak melalui czer dan secara normal. Ikutkan pengalaman, beranak normal lebih mudah nak jaga badan. Kalau czer nanti, perut agak susah nak dikempiskan, ambil masa. Apa pun kena work out kalau nak kempiskan perut, jaga makan saja tak cukup.
  • Akhir sekali, jangan stres apabila tengok badan orang lain. Tak perlu bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita boleh ikut apa saja tips yang dikongsi tapi tak perlu sampai stres okey?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

“Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

gempak
11/09/2024
12:55 MYT
Dua pelawak popular, Zizan Razak dan Johan bersetuju platform podcast merupakan medium yang bagus untuk rakan-rakan dalam industri berkongsi informasi kepada masyarakat.
Filem

The Kings Of Comedy Is Back: Ini Perjalanan Karier Seni JoZan

gempak
20/08/2024
14:12 MYT
Gandingan dua bakat komedi, Johan dan Zizan sentiada memukau peminat komedi.
Hiburan

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

gempak
07/08/2024
09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.