,
gaya hidup

Netizen Dan Kecaman Berpisah Tiada. Tapi Sampai Bila? Belajarlah Menjadi Warganet Yang BERADAB, Bukan BIADAB!

Huda Hussain
10/06/2021
09:01 MYT
Istilah warganet atau netizen ialah singkatan perkataan internet dan perkataan yang diambil daripada Bahasa Inggeris citizen (warganegara) seperti dalam "warganet". Ia menggambarkan seseorang terlibat secara aktif di talian masyarakat atau internet secara umum. Berdasarkan huraian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka online pula, istilah netizen merujuk kepada dua definisi. Pertama adalah pengguna internet yang mengambil bahagian dalam masyarakat politik seperti bertukar-tukar pendapat, membekalkan maklumat dan mengundi. Manakala definisi kedua adalah pengguna internet yang memberi sumbangan untuk mengembangkan dan menggalakkan pertumbuhan internet, sinonim warga siber.
Kredit Foto: Google
Hakikatnya Kita Adalah Netizen Segenap lapisan masyarakat berkeupayaan bahkan menggunakan telefon bimbit dengan meluas. Waima untuk apa tujuan sekalipun, kita semua adalah pengguna internet. Melayari, scroll up and down, dari satu laman ke laman yang lain, meninggalkan komen, emoji dan sebagainya. Itu juga menjadi sebahagian rutin kebanyakan daripada kita. Apa yang menarik minat, itulah yang menjadi bahan untuk kita perbahaskan.
Lihat sahaja jika ada isu, kontroversi panas berlaku. Tidak kiralah sama ada ia melibatkan selebriti, personaliti media sosial mahupun masyarakat sekeliling. Jika ada yang tidak kena, pasti ruangan komen dihujani dan dipenuhi dengan pelbagai kata-kata berbaur negatif. Melihatkan kepada cara, tulisan dan penggunaan perkataan khususnya apabila sesuatu isu hangat diperdebatkan; bagaikan si penulis itu dirasuk serasanya.
Kredit Foto: Google
Fahami Sensitiviti Dan Limitasi Berlumba-lumba masing-masing membalas satu persatu. Benar tidak salah berselisih pendapat, tetapi janganlah hingga mencemuh, memaki hamun, menggunakan kata-kata kesat yang jelas membuktikan tahap intelektual si penulis. Mana perginya kesantunan dan adab ketimuran kita? Ke mana hilangnya perasaan malu apabila ia dibaca satu dunia? Dan tatkala melihat gambar pada profil, anak-anak muda semuanya.
Jika benar sekalipun pihak yang dikecam itu berbuat salah, tetapi tak perlulah menghentam hingga menyentuh sensitiviti tertentu. Misalnya membabitkan asal usul keluarga, emak ayah, anak yang dikandungkan jika si fulan berbadan dua, keturunan, perkauman, adt resam dan budaya serta banyak lagi. Fikir sedalamnya andai anda berada ditempatnya. Bagaimana perasaan keluarganya, boleh menyebabkan kemurungan, emosi terganggu dan sebagainya. Berpada-padalah dalam memberi komen dan pendapat. Kebebasan bersuara itu perlu tetapi ada limitasi dan batas-batas tertentu yang masih perlu dipegang, dihormati dan difahami. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata atau dalam konteks ini memberi komen; memang buruk padahnya.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.