,
Personaliti

Nama KEVIN RAY MENDOZA Trending, Terima Pelukan Tahniah Daripada Isteri Tercinta di Stadium Semalam – Aww!

Afiza Kamarulzaman
01/12/2021
03:31 MYT
Strategi Bojan Hodak untuk tidak membenarkan gol awal diperolehi Johor Darul Ta’zim (JDT) ternyata membuahkan hasil apabila Kuala Lumpur City (KL City) berjaya melakar kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Kemenangan itu amat bermakna buat The City Boys apabila memiliki piala tersebut pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia dan sekaligus meraih tiket ke Piala AFC pada musim hadapan. Wah tahniah KL City!
Sepanjang perlawanan akhir tersebut berlangsung, penjaga gol KL City iaitu Kevin Mendoza ternyata mencuri tumpuan ramai. Selain memiliki wajah yang tampan, ketangkasan Mendoza juga menjadi kunci utama skuad The City Boys kental bertahan sehingga berakhirnya babak pertama tanpa jaringan.
Bersambung di babak kedua, tempo permainan pasukan KL City dilihat semakin rancak dan Mendoza berjaya menyelamatkan beberapa bola daripada terus masuk ke gawang gol. Pencapaiannya juga dikatakan sebagai penjaga gol dengan jumlah penyelamatan terbanyak dalam Liga Malaysia musim ini.
Di laman Twitter, rata-rata netizen memuji kecekapan Mendoza sebagai penjaga gol maka tidak hairan dia turut dipilih oleh ketua jurulatih Filipina, Scott Cooper untuk meletakkannya sebagai penjaga gol utama dalam saingan Piala Suzuki AFF.
Untuk pengetahuan semua, nama penuh Mendoza ialah Kevin Ray Mendoza Hansen. Di dalam nama orang Filipina, nama tengah atau nama keluarga sebelah ibunya ialah Mendoza dan nama keluarga sebelah bapanya ialah Hansen.
Mendoza berusia 27 tahun dan dilahirkan di Herning, Denmark pada 19 September 1994. Selain bermain bersama KL City, Mendoza turut bermain bersama Pasukan Kebangsaan Filipina.
Melihat Instagramnya, Mendoza ada berkongsi gambarnya bersama isterinya yang bernama Nadia Baekgaard. Nadia berwarganegara Denmark dan seorang pereka grafik yang kini menetap di Malaysia bersama suaminya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pelukan, Ciuman Terakhir… Suami Meninggal Dunia Tatkala Menonton Final Piala Malaysia Di Stadium Bersama

gempak
11/12/2023
06:55 MYT
Al-Fatihah...
Laman Utama

Kemenangan Piala Malaysia 2021, Wilayah Cuti Jumaat!

gempak
01/12/2021
12:33 MYT
Tahniah warga KL
Laman Utama

Janji Hadiah, Shahidan Kassim Kata’ ‘Sokay’, Tidak Dijemput Turun Padang Raikan KL City FC Juarai Piala Malaysia

gempak
01/12/2021
08:50 MYT
Luahan tersebut ditulis menerusi Facebook
Laman Utama

Follower Instagram Jadi 68,000 Orang, Wajah Kacak Penjaga Gol KL City, Kevin Mendoza Buat Netizen Tak Keruan

gempak
01/12/2021
07:07 MYT
Selamat maju jaya untuk Kevin.
Laman Utama

KL City Benam JDT, Muncul Juara Piala Malaysia Edisi Ke-100!

gempak
30/11/2021
15:34 MYT
Tahniah KL City!