,
gaya hidup

Nak Hantar Anak Ke Rumah Mak, Boleh Tapi Kena Ada Aturan – Hantar Sekali MAID, Siapkan Bekal, Berpada...

Afiza Kamarulzaman
04/12/2020
09:21 MYT
Kita tidak boleh menghukum seseorang anak itu sebaga anak derhaka hanya kerana meletakkan anak-anak kecil mereka di bawah jagaan mak dan ayah yang sudah tua. Kita tidak tahu masalah seseorang itu, maka sebaiknya kita tidak ‘judge’ dan begitu lekas membuat andaian.
Dalam keadaan sekarang ini, kebanyakan pasangan terutamanya ibu ayah muda berdepan pelbagai cabaran hidup yang semakin menyesak mental dan jiwa. Tambahan pula jika kedua-duanya sama-sama bekerja dan hidup di kota besar yang menuntut banyak pengorbanan masa dan tenaga sehingga ada yang tidak mampu menguruskan anak dengan baik.
Ya, itu mungkin bukan alasan padu jika orang lain mampu menguruskan kehidupan tanpa perlu menyusahkan mak dan ayah, kenapa tidak kamu? Namun, keupayaan seseorang berbeza, kan? Ada pula, memang permintaan mak dan ayah sendiri yang mahu menjaga cucu mereka untuk mengisi kesunyian.
Apa pun alasan dan sebabnya, pastikan kamu tidak mengambil kesempatan atas kebaikan dan peluang yang diberi mak dan ayah itu. Sesuai dengan usia mereka yang semakin rapuh dan tenaga yang tak ampuh, pastikan kehadiran cucu-cucu tidak membawa beban sehingga kehidupan mereka sendiri terabai.
Kredit Foto: Google
Ini Yang Mesti Kamu Aturkan Jika Hantar Anak Ke Rumah Mak:
  • Sekiranya mempunyai pembantu rumah atau orang gaji dan tetap mahu menghantar anak ke rumah Mak kerana tidak percayakan maid, sebaiknya bawa sekali maid itu ke rumah Mak. Minta saja maid itu meneruskan tugasannya di rumah Mak dan Mak boleh pantau sama.
  • Jika mempunyai anak yang cerewet makan atau bayi yang memerlukan makanan khas seperti kanji, pastikan kamu menyiapkan bekalan makanan itu ke rumah Mak. Jangan pula hanya memberikan list kepada Mak apa yang anak boleh dan tidak untuk makan. Satu hal pula, Mak perlu memasak makanan khas untuk anak kamu.
  • Jangan sesekali membiarkan Mak mencuci pakaian anak-anakmu! Ingatkan Mak untuk bungkus saja pakaian kotor anak-anak untuk kamu bawa balik dan cuci sendiri. Fahami itu!
  • Tolong jangan banyak cerewet apabila meletakkan anak di rumah Mak kerana kamu sendiri dibesarkan oleh orang tua itu. Terima saja bagaimana adaya Mak menjaga anakmu itu. Jika banyak kerenah, usah dihantar. Buat kecil hati orang itu saja.
  • Pastikan ada had masa dalam menghantar anak-anak ke rumah Mak. Janganlah sampai lewat malam baru mahu ‘kutip’ anak itu sehingga ada yang sudah lena dan Mak Ayah pun sudah tertidur menunggu kamu.
  • Berilah peluang dan masa untuk orang tua itu berehat juga. Hujung minggu atau hari cuti sebaiknya jangan dihantar lagi. Mereka juga perlu ‘me time’.
  • Ambil peduli keperluan di rumah Mak dan apa yang anak-anak mahukan. Sediakan semua kelengkapan seperti susu, jajan-jajan atau permaianan anak. Jangan buat-buat lupa atau lepas tangan hanya kerana kamu rasa Mak tidak berkira dan mampu belikan untuk cucunya.
  • Selepas menghantar anak-anak, luangkan sedikit waktu untuk menelefon atau menghantar WhatsApp kepada Mak bertanyakan khabar anak. Sesibuk mana pun kamu, ambil berat tentang mereka. Bukan hanya anak itu tetapi juga Mak yang menjaga. Kalau sakit segeralah dibawa ke klinik.
  • Upah! Jangan ambil mudah atau menganggap ‘harga anak-beranak’. Ingat, kedekut dengan mak ayah sendiri hanya akan menyekat rezekimu. Sekali pun, mereka tidak mahu mengambilnya, hulurkan saja.
  • Pesan selalu dengan anak-anak agar untuk tahu membawa diri dan tidak menganggap Atuk dan Nenek sebagai pengasuh mereka. Jangan banyak kerenah atau menyusahkan orang tua itu. Ajar mereka untuk berdikari, hiburkan hati Atuk Nenek dan bukan membuat onar. Tanamkan rasa kasihan kepada orang tua dalam diri anak-anak.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Janganlah Sesuka Hati Pegang Anak Orang, Minta Izin Dulu” – Erra Fazira

gempak
14/09/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara jelita, Erra Fazira meluahkan rasa kurang senang apabila timbul isu berkaitan kanak-kanak menjadi mangsa amang seksual fizikal seperti yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Da’i Syed Tidur Jam 7 Sebab Jaga Anak, Kongsi Pengalaman Tanam Uri - “Jaga Nour Punya Fasal”

gempak
18/08/2024
00:55 MYT
Umum mengetahui isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti Da’i Syed iaitu pengacara Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Rabu.
Berita

Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan

gempak
26/07/2024
05:25 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat dimaklumkan nama kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember lalu telah ditukar kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan.
Berita

Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

gempak
25/07/2024
10:25 MYT
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.